PENGALAMAN DI USA, Bahagian 1; BERMULANYA SHAKLEE GLOBAL CONFERENCE 2013/2014

Bermulanya Melancong ke Luar Negara

Sejak Yani berkecimpung selama setahun di dalam Perniagaan bersama Shaklee, ini merupakan kali Pertama kami dapat pergi ke Luar Negara. Berminat nak melancong macam Yani ? Jom! Sertai Empire Yani. Destinasi pada tahun 2014 adalah Long Beach, California, United States of America (USA). Yani akan kongsikan pengalaman bagaimana Supplement Shaklee membantu sepanjang trip ini dan terima kasih buat YMSphotographicSTUDIO sebab sponsor untuk gambar-gambar sepanjang Percutian ini.

Sebelum pergi, apa yang seronok sangat Percutian ni?

Semua kos berkaitan Perjalanan, Tempat Penginapan dan Makan Minum adalah ditaja sepenuhnya oleh pihak Shaklee termasuk lah luggage beg. Pihak Shaklee ada beri 3 pilihan warna, memandangkan Yani dapat 3 Tiket so ketiga-tiga warna Yani dapat. Yeay! Pink Mak punya, Hitam Dean Kayree punya dan Hijau Shaklee tu Yani punya.

Gambar 1: Luggage Beg Percuma dari Shaklee dari Facebook Yani.
Gambar 2: Anggaran Saiz untuk beg FREE.

Perjalanan Bermula!

Perjalanan kami bermula pada awal pagi Selasa, 12 Ogos 2014. Bertolak dari Kuala Terengganu untuk ke Kuala Lumpur memakan masa selama 7 jam. Macam biasa, laluan kami melalui LPT2, Bukit Payong dan susur keluar di Paka, dari Paka(Jalan Pantai) ke LPT 1.
Gambar 3: Bagasi kami semasa perjalanan ke Kuala Lumpur. Ni pun dah hampir penuh.

Drama Sedih

Sebelum pergi macam biasa, Drama sedih bermula apabila sesi perpisahan meninggalkan sementara dua orang anak kecil Hadif (3 tahun) dan Haziq (2 bulan).
Gambar 4: Haziq termenong je tak paham.
Gambar-gambar ketika drama sedih banyak takde, maklum la dah sedih mana ada mood nak ambik gambar. Apa pun perjalanan kami bermula dengan lancar pada pukul 10 pagi dan sampai di Gombak dalam lingkungan jam 4 petang. 
Kami bermalam di Rumah Condo Mok Mie (Gelaran dari Hadif untuk adik Yani yang ketiga) Simfoni Height di Sekitar Gombak. Tidur yang tak berapa lena dek kerana esoknya perlu bertolak ke Lapang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seawal 5 pagi bagi mengelakkan perkara-perkara tidak diingini berlaku (mana tau kot salah jalan, sesat ke). Sebelum tido macam biasa kami ambil supplement Ostematrix untuk menghilangkan lenguh badan dan sakit urat sepanjang perjalanan tadi. Anda berminat juga untuk mencuba Ostematrix? Boleh terus order secara online

Pagi Rabu, Ogos 13′ 2014

Maka bermula la perjalanan kami ke KLIA seawal 5 pagi, bila bangun je terasa lega satu badan macam baru lepas diurut, lega je penangan Ostematrix. Semua berjalan lancar, bangun awal dan beg pon bawa ringkas-ringkas je untuk bermalam di Rumah Mok Mie, so tak perlu berangkut beg besar bagai. Alhamdulillah, perjalanan kami LANCAR dan sampai di KLIA pon awal dari yang dijangkakan.
Gambar 5: Ni la Mok Mie empunya Condo di Gombak, Mekasih Mok Mie bagi bermalam di Condo Mewah dan Hantarkan kiteorang di Airport.

Kami Dah Di KLIA!

Yeay! Dah sampai KLIA, so debaran takut tertinggal flight dah Habis. Tapi awal sangat la pulak, kami sampai pukul 6 pagi. Kalau ikut tentatif berkumpul Jam 7.30 Pagi dan berlepas Jam 10.40 Pagi.
Gambar 6: “Pose Ketibaan” di KLIA.
Memandangkan sampai awal, tanpa melengahkan lagi masa kami terus ke Surau untuk Sembahyang Subuh dan Berdoa supaya selamat dan dipermudahkan perjalanan kami yang masih panjang hari ini.
Gambar 7: Sempat lagi bergambar di Pentas KLIA sempena Raya.
Lepas sahaja menunaikan Solat Subuh, kami breakfast dulu di Cafe berdekatan. Antara supplement WAJIB kami dipagi hari adalah Vita-lea, Vitamin C Sustaine Release dan B-Complex. Terasa hilang lemau dan mengantuk dipagi hari. Ha! sebagai tambahan, kami ambil Nutriferon untuk boost-up imun system bagi mengelakkan penyakit berjangkit berkaitan flu atau selsema. Berminat nak dapatkan Set Morning Booster Yani? Boleh terus order secara online Set Morning Booster Yani di sini.
Gambar 8: Yani dengan Sarapan Pagi Klasik, Telur Arong (telur separoh masak) dengan Roti Bakar.
Gambar 9: Mok dengan Nasi Lemak Airport.
Seterusnya, kami terus ke Terminal untuk Check-in luggage dan ambil Boarding Pass. Trip kali ini, seramai 300++ yang layak ke USA dan pihak Shaklee telah menempah 3 Flight Khas untuk kami ke sana. Maka kami dibahagikan kepada 3 kumpulan.
1) Kumpulan 1: Penerbangan Singapore Airlines. Berlepas Jam 7.35 Pagi.
2) Kumpulan 2: Penerbangan Cathy Airlines. Berlepas Jam 10.40 Pagi.
3) Kumpulan 3: Penerbangan China Airlines. Berlepas Jam 2.10 Petang.
Kami sekeluarga dalam Kumpulan 2 dan Penerbangan Cathy Airlines kami adalah pada pukul 10.30 pagi dan akan transit di Hong Kong terlebih dahulu sebelum menyambung perjalanan ke Los Angeles.

 Gambar 10: Penat Menunggu untuk Depart.
Gambar 11: Barisan susurgalur Jutawan.

Gambar 12: Anak-anak Pandai berkawan mengisi masa lapang sementara menunggu untuk berlepas.

Gambar 13: Perkenalkan Tour Manager kami, Perries Lee. Sangat informative dan peramah.

Gambar 14: Lepas je Gate Imegresen dan Scan Passport terus ke Keretapi Transit untuk ke  Boarding Gate.

 Gambar 15: Yani dan Mok sempat menjeling manja masa lalu dideretan kedai shopping free duty.

 Gambar 16: Abe Maleq (Suami Zura Betty) melirik manje.

 Gambar 17: Mak Zura Betty sambil pimpin Amsyar (anak sulong Zura).

Gambar 18: Jommmmm!!!

 Gambar 19: Seat agak berterabur (disalahkan kepada pihak Penerbangan Cathy Airlines kerana sistem yang ngokngek sket that day) dan kami terpaksa buat sedikit negotiation dan tawar-menawar untuk mendapatkan seat mesra keluarga.

Gambar 20: Perkenalkan Business Development Manager Shaklee Puan Sha Jamilah Al-Mufazal turut serta ke trip USA kami.

 Gambar 21: Semangat bukan Kuat, tapi Sangat KUAT!!! untuk mengelakkan Susu Badan Drop dan masalah bengkak susu.

Gambar 22: Macam biasa, Excited!!!

Setakat ini sahaja untuk Bahagian 1, nantikan Bahagian 2 yang akan menceritakan Pengalaman Sepanjang Perjalanan Berbelas Jam di dalam Kapal Terbang. Apa yang menarik sangat dalam Kapal Terbang lama-lama? Nantikan…

Anda juga boleh menikmati lebih banyak lagi gambar yang cantik-cantik diambil sepanjang Trip ini Di Facebook Photographer Bertauliah kami Dean Kayree (penulis) di album bertajuk USA TRIP, CHAPTER 1: KL > HONGKONG (TRANSIT). Bak kata pepatah Inggeris:

A Picture is Worth A Thousand Words

Master Dean Kayree,
Success Partner Master 8 Bulan,
Founder YMSphotographicSTUDIO.

About Author

Muliani

Ibu kepada 3 orang anak dan telah berjaya menyusukan sepenuhnya lebih dari 2 tahun. Salah seorang dari Kumpulan Sokongan Penyusuan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Comments

  1. Seronoknya dapat aura positif ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge