Udang Butter dan Telur Bungkus

yep…betol tekaan N dan Zaza..Udang Butter yang asben aku request baru ni..bukan tu aje..tapi sekali dengan Telur Bungkus..nak tao jadi ke tak nanti aku story..gambar tak bawak so takde feel nak story..hihi bole gitu??

so kat sini aku tempek resipi nya dulu…resipi ni bukan aku cari eh..asben aku gigih suruh aku masak..dia jugak gigih cari kan resepi..see sangat bersungguh-sungguh kan die…ni kalau aku tak buat memang dapat cop mohor ISTERI DURHAKA la sebijik kat dahi =p

resipi dia dapatkan di trymasak

Ingredients Udang Butter

1) Udang sederhana besar – dibuang kulit (300g)

2) Telur – dikacau hingga pecah (2 biji)

3) Bijirin Oat (5 sudu besar)

4) Daun Kari (1 tangkai)

5) Cili Padi – dihiris nipis (5 biji)

6) Bawang Merah – dicincang (3 ulas)

7) Bawang Putih – dicincang (2 ulas)

8) Stok Ayam (1/4 cawan)

9) Mentega (3 sudu besar)

10) Serbuk Lada Putih (secukup rasa)

11) Gula (secukup rasa)

12) Garam (secukup rasa)

Directions

Goreng udang dalam minyak panas selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.

Kurangkan minyak dan masukkan mentega.

Setelah mentega cair, masukkan telur dan kacau rata.

Masukkan bawang putih, bawang merah, stok ayam, cili padi, daun kari, garam, serbuk lada putih, dan gula.

Apabila naik bau dan daun kari sedikit layu, masukkan udang dan bijirin oat.

Gaul sebati dan hidang.

lagi best sebab ade video sekali..tak caya klik video ni

untuk menu kedua adalah Telur Bungkus

Ingredients

1) Telur untuk dibuat dadar (3 biji)

2) Telur untuk menyalut telur bungkus (1 biji)

3) Isi ayam dipotong kecil (200g)

4) Timun bersaiz kecil dipotong dadu (1 biji)

5) Lobak dipotong dadu (1/2 biji)

6) Tomato juga dipotong dadu (1/2 biji)

7) Bunga kobis dipotong kasar (100g)

8) Bawang besar dicincang (1/2 biji)

9) Bawang merah (6 ulas)

10) Bawang putih (6 ulas)

11) Sos cili (1 sudu besar)

12) Sos tomato (1 sudu kecil)

13) Tepung jagung (1 sudu kecil)

14) Gula (secukup rasa)

15) Serbuk lada putih (secukup rasa)

16) Garam (secukup rasa)

Directions

Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dicincang hingga wangi.

Masukkan isi ayam dan goreng hingga empuk.

Masukkan sos cili, sos tomato, serbuk lada putih, garam dan gula. Kacau rata.

Masukkan bawang besar, bunga kobis, tomato, timun dan lobak. Masak hingga sayuran layu.

Angkat dan ketepikan.

Campurkan 3 biji telur bersama garam dan pukul sebati.

Curahkan adunan telur dan lenggangkan kuali supaya telur menjadi lebar. (Digoreng nipis supaya mudah membungkus intinya). Angkat dan ketepikan.

1 biji telur lagi dicampur dengan garam dan tepung jagung. Pukul sebati.

Letakkan inti yang telah dimasak di atas telur dadar dan bungkus.

Celupkan telur bungkus di dalam adunan telur dan goreng hingga garing.

dan video nya sekali

nak tao menjadi ke tak aku buat…ape kisah suka duka kami laki bini di dapor..tunggu (mati la aku asyik suh tunggu je..entry nya tak penah ade pon) =p

nota kaki:tak susah pon nak masak kan..resepi google aje bersepah..tinggal malas ke rajen je nak masak…pastu jadi ke tak jadi..hihi selamat mencuba

16 total views, 1 views today

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge