Travel Kit Untuk Kesihatan Anak-Anak Pilihan Yani

Biasanya Travel Kits yang biasa Yani bawak adalah Toiletry Kit je sebelum ni dan suami memang dah tersedia Emergency Kit dalam kereta. Kali ini Yani akan kongsikan Travel Kit Kesihatan buat ibu-ibu yang suka Travel bersama anak-anak. Selain daripada panadol atau ubat tahan sakit, Yani sangat syorkan Set Shaklee untuk anak-anak.
Antara destinasi terbaru Yani adalah Singapura. Sangat seronok bawak anak-anak dan mak travel bersama. Kali ni Yani masuk Singapura bawa kereta sendiri. Buat korang yang nak tahu cara Mudah masuk Singapura guna kereta sendiri boleh baca di 3 Tips Mudahnya ke Singapura Naik Kereta Sendiri.


Kenapa Yani sangat-sangat syorkan?
Bila Travel, diet pemakanan anak-anak sedikit terganggu kerana hanya makan apa yang sempat grab
je sepanjang perjalanan melainkan korang ada bawa bekal siap-siap.
Kesan pada anak-anak biasanya akan membuatkan diorang susah nak membuang
dan mula meragam.
Seterusnya perbezaan suhu persekitaran, biasanya anak-anak akan mudah selsema dan seterusnya mungkin badan mula panas dan demam.
 
Perkara-perkara yang tak best kat atas tu sangat-sangat kita nak elakkan semasa Travel kan? Terutamanya bila perjalanan yang jauh. Mood Travel pon akan kelaut bila anak-anak kurang sihat, Kan?
Bak kata pepatah yang korang biasa duk sebut tu 
“Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati”.
Maka Yani kongsikan antara item yang Yani selalu bawa bila Travel sebagai Travel Kit untuk Kesihatan Anak-anak. 
Mudah & Simple.
Set 3 beradik ni memang Yani suka sangat sebab botol dia kecik je dan comel, mudah bawa ke mana-mana. Yang pasti semua ni takde rasa pahit dan anak-anak suka makan macam diorang makan gula-gula je.
Fungsi 3 Beradik Set Travel Kit Kesihatan Anak-anak
Nutriferon
Bantu tingkatkan fungsi imuniti badan anak-anak, maksudnya anak-anak tidak mudah kena selsema atau batuk.
Nutriferon
berbentuk serbuk dalam sachet kecil dan cara makan semudah macam
anak-anak ratah milo tu je. Rasa dia macam madu gitu bila dah bertemu
lidah. Selain untuk anak-anak, Yani pon guna juga. Memang best!

Vita-lea for Children

Ini vitamin asas untuk bantu lengkapkan nutrisi yang diperlukan anak-anak. Biasanya sangat disyorkan untuk anak-anak yang Picky Eater. Rasa dia macam smoothy anggur gitu berbentuk tablet bulat. Yang paling best mengenai Vita-lea for Kids ni dia ada mengandungi Xylitol, merupakan pemanis semulajadi yang dapat membantu mengelakkan kaviti pada gigi anak-anak.


Chewable Vitamin C Plus
Untuk
makluman korang, vitamin c ini mempunyai sifat anti-oksida dan boleh
bertindak seperti agen detoks. Makan vitamin c untuk anak-anak bagaikan
membersihkan dalaman anak-anak dari persekitaran yang kotor atau kurang
sihat (seperti asap kenderaan, kuman bawaan udara dan sebaginya) dan ini
memberi badan lebih rasa sihat dan dilindungi. Pada masa yang sama
sangat membantu untuk imun badan.
Daripada bagi anak-anak gula-gula sahaja sepanjang perjalanan, ada baiknya ubah kepada beri vitamin c atau Vita-lea for children. Gigi anak-anak tak rosak dan kesihatan pon makin tahan lasak.
Kan?
Mudah dan praktikal,
Kadang-kadang tak senang duduk bila Set ni tak dibawa bersama.
Buat rakan-rakan dan ibu-ibu yang berminat untuk dapatkan Set Travel Kit Kesihatan Anak-anak boleh hubungi Yani di:
019-934 7686
019-934 7686
019-934 7686

Rakan Penjagaan Kesihatan Anak-anak Anda.
Jangan lupa LIKE & SHARE jika membantu.

16 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge