Tips Penyusuan: Pam Yang Best Pilihan Yani

Ramai ibu muda yang tanya pam apa yang best?
Ini soalan yang susah, lagi susah dari soalan pasal vitamin.
Sebenarnya pam ni atas keperluan dan bajet ibu-ibu,
Yani beli medela freestyle ni waktu umur Hadif 2 bulan.

Sekarang dah anak 3, pakai hampir 5 tahun.
Tak pernah tukar atau rosak,
Pada Yani ianya sangat berbaloi sebab kecik, bateri tahan lama, senang nak bawak dan mudah nak guna.

#1: Murah Vs Lasak
Tapi sekarang dengan ciri-ciri kat atas macam-macam jenis pam lagi ada.
Murah jauh dari medela cuma Yani tak pasti tahap ‘tahan lasak’ tu macam mana.

#2: Bajet Vs Usaha

Jadi sebelum nak tanya pam mana yang best perlu tahu keperluan dan bajet dulu.
Pam ni hanya alat yang membantu dalam menjayakan penyusuan
Semuanya bergantung atas usaha kita sendiri jugak
Marmet lagi bagus kalau kita pandai
Jimat ruang dan duit tapi tu kalau pandai marmet la.

Semua ada pro and cons,
Alah membeli MENANG memakai.
Pada Yani ianya sangat berbaloi.
Sama la jugak macam beli vitamin dari Yani.

 Eh?

2 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge