Bukan sebab urat kembang atau tersalah makan “benda sejuk”. Maka sangat lah disyorkan ibu-ibu muda sekalian amalkan pemakanan yang membantu tambahkan darah. Maklumlah, tugas darah ni adalah untuk transport oksigen dan segala nutrisi yang diperlukan oleh badan ke setiap anggota badan. Bila penghasilan darah banyak, maka makin cepat badan kita kembali rasa bertenaga dan sihat seperti sebelum melahirkan.
#1
#2
#3
#4
Nak kata soya sejuk untuk badan lagi ke?
YOU ARE WRONG!
*berpuluh ribu ibu berpantang dengan set ini alhamdulillah semuanya makin sihat bukan makin sakit~
Soalan pembaca :
Adakah jamu baik untuk wanita ?
Response saya
Kalau saya jawab tidak, tak patut dan kalau saya jawab ya pun tidak tepat .
Banyak jamu lepas bersalin mengandungi lada hitam dan rempah-rempah lain untuk berikan rasa panas. Namun demikian wanita lepas bersalin rasa sejuk sebab sudah banyak hilang darah maka jika rasa panas sebab rempah atau lada hitam ia tidak pulihkan kekurangan darah.
Ada juga makanan sihat yang ada manfaat selepas bersalin seperti halia, kunyit dan bawang putih dan makanan ini tidak bawa mudarat kepada bayi yang menyusu.
Jamu yang diambil untuk kesihatan umum perlu dilihat mengikut keperluan wanita tersebut . Ubat herba bukan “one size fits all. ” Apa yang baik untuk seorang individu mungkin tidak baik untuk yang lainnya .
Walaubagaimanapun saya syurkan sekurangnya ambillah beberapa ukuran seperti tekanan darah, kadar gula dalam darah dan lebih baik, ujian liver profile serta kidney profile sebelum ambil jamu atau herba dan ukur semula selepas sebulan selain dari “rasa segar” yang subjektif . Dengan ini dapat ditentukan sama ada jamu yang diambil ada membawa mudarat atau tidak .
Saya rasa ini langkah baik untuk pengambilan herba sebab ada kalanya dengan kita tidak sedar herba yang diambil ada kesan sampingan yang negatif sebab herba mengandungi “phytochemicals” yang ada kesan farmakologi.
Sumber: Dr. Suriakhatun
484 total views, 2 views today