#throwback DetikHariz: Pengebumian Anak Syurga

 ~#throwback DetikHariz~

Alhamdulillah selesai segala urusan
Terlalu cepat semuanya berlaku
Terasa 2 hari berpantang yang cukup panjang

Wildan Syurga kami selamat disemadikan di atas ‘dada’ tuki dia sendiri. 

Perginya pada tarikh kehilangan tuki jugak. 
Perancangan Allah yang
cukup cantik!

Mahalnya syurga FIRDAUS Allah kan?


Waktu mengandungkan Hariz, 
Yani dengar tazkirah seorang ustaz di Masjid Mambs Ladang mohon lah syurga Firdaus, 
syurga darjat tertinggi di sisi Allah.

Sejak dari itu, 
setiap kali berdoa Yani mintak syafaat Allah untuk
masuk ke syurga Firdaus tapi dalam masa yang sama ragu-ragu dengan
kemampuan diri.

Kehilangan beliau buat Yani terdetik, 

betapa MAHAL nya syurga Firdaus, 
terasa dia yang berkorban untuk harapan ibu.

Lama Hariz nak duduk dalam perut ibu, 

kerana dia tahu hidupnya di dunia tak akan lama.

Sebab Hariz,

 ibu tempah set cadar warna putih bersih 
walaupon itu bukan warna kegemaran ibu pon.

Hariz dah pergi menunaikan umrah bersama ibu tanpa ibu perlu risau period datang.


Sebab Hariz ibu mampu khatam quran pertama kali dalam hidup

Hariz berterawikh bersama ibu walaupon dah tiba masa untuk melihat
dunia, 

sedikit pon tak rasa susah walaupon memboyot, 
malah terasa sangat
kuat.

Hariz beri peluang untuk ibu melahirkan secara normal 

dengan cukup mudah di saat ibu ragu-ragu dengan keupayaan diri.

Allahuakbar, 
Hariz terlalu istimewa buat kami
Hariz datang sehari sebelum tarikh ulang tahun Haziq 
dan pergi tarikh ulang tahun abah meninggal.

Tarikh ini semua cukup memberikan kesan buat kami sekeluarga.

Allahuakbar ibu redha sayang
Kenapa perlu takut dengan kematian, 

kalau syurga matlamat kita?

Kematian adalah pintu untuk ke syurga sayang

***

Dalam Kenangan Abadi
Ahmad Hariz Rajaei 
(yang memelihara harapanku)
18/6/2016-20/6/2016
13-15 Ramadhan
 
***

*terima kasih buat semua yang tak putus-putus mengucapkan takziah 
dan
menziarah kami walau dari jauh dan bekerja. 
Pada yang bertanya punca
kematian, 

8 total views, 3 views today

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge