Salam Syawal 2012

Dah raya ke-8 baru nak up entry..yang pastinya hari ni mood beraya dah makin kurang sebab dah mula kerja..tapi still tak abes lagi sebab syawal belom berakhir hihi

Raya tahun ni bagi aku agak meriah sebab first time beraya dengan Hadif..kedua first time beraya dengan mertua..dengan suami dah second time..so nak kongsikan sket coret-coret di Aidilfitri tahun ini

1) Beraya di Kampung

Disebabkan first time beraya dengan mertua..so petang raya tu dah balik Setiu…kampung belah mak mertua..belah Ayah mertua dua-dua dah xde

2) Gambar Raya Family

Nan hado..kalau dengan family aku pagi raya tu wajib sesi bergambar..bermaafan dan bagi duit raya…tapi family aku sendiri pon xde sesi tu untuk tahun ni sebab semangat dah di bawa lari oleh satu2 nya cucu yanh ada..sobs

sesi bersalaman pon takde..entahlah macam tak bape tersusun sket kat kampung..tapi tahun ni aku sempat bersalaman dan bermaafan dengan suami (5 minit lepas tu gaduh balik hihi)

Tahun lepas tak bersalam dengan suami sebab syok sangat bergambar kan so ade hikmahnya la tak bergambar kot :p

3) Duit Raya

Ade 3 zaman dah aku lalui..dulu zaman aku dapat duit raya..lepas tu zaman aku bagi duit raya..tahun ni zaman aku bagi dan terima duit raya..eh bukan aku la tapi Hadif

Alhamdulillah rezeki Hadif agak murah..maybe ni first raya dia..dan baru sorang..so meriah la sket..lepas ni anak berderet tak de la semeriah ni kot :p

Macam-macam ragam dan peel orang yang aku dapat tengok bab bagi duit raya ni..ade yang bagi banyak sampai aku lak rasa malu nak compare dengan apa yang aku bagi..ade yang tak bagi..even anak dia ramai dan sume dah dapat..tapi nak bagi untuk Hadif sorang buat-buat lupe hihi dan yang paling sadis ade yang bagi sampul kosong..anggap jela takde rezeki dan mereka tu memang lupa(semua kes tu adalah dari saudara terdekat ayayaya)

Owh ye aku pon dapat duit raya dari suami..memang xsangka dia akan bagi..kira suprise la..terus rasa malu-malu gitew ahaha hover ko

Bukan ape sebab kita orang memang dah bincang berapa nak bagi..dan pada siapa nak bagi..siap bergaduh lagi sebab berebut nak letak duit dalam sampul..teruk kan?suami lak guna kuasa veto letak siap-siap duit raya kat ofis..hampeh…tak tao la suami korang..tapi kami laki bini macam budak-budak berebut nak letak duit dalam sampul..

4) Baju Raya

Baju ibu pakai ape yang ada je..ade la selai yang baru..tu pon baju kurung menyusu..bukan baju mahal pon..bajet dah lari kat baju Hadif..mane taknye..asal sampai tempat shopping, baju Hadif dulu yang dituju..nak tengok baju ibu takde semangat huhu

Eh baju raya Hadif tak abes pakai lagi ni!ahahah over kan ibu die?

Alhamdulillah baju Abah Hadif pon agak banyak tahun ni..t-shirt jela..baju melayu suami dan anak sume recycle baju wedding adik aku masa bulan 3 baru ni..ok la janji hado

Plannya tahun depan nak tempah sekali..baru terasa raya sket kan?

5)Beraya ke Rumah Saudara

Tahun ni agak meriah sebab mertua dah ade..merasa la beraya dua-dua belah family..tapi penat yang amat..mane tak nya aku terpaksa berbagi masa..sekejap di Padang Negara sekejap di Seberang Takir..peluang nak beraya dengan kawan-kawan pon xde..ni pon ade lagi saudara terdekat yang tak pegi

6) Juadah raya

Alhamdulillah jugak tahun ni aku sangat2 berselera..tahun lepas aku takde selera sebab alahan mengandungkan Hadif..

Tahun ni kasi pulun macam orang kebulur..semua rumah pon aku pergi makan..memang raya sungguh la..dan tak heran semua tegor aku gemok..alasan aku makan untuk dua orang(still menyusukan Hadif)

Last but no least

Tahun ni tahun kedua aku dapat berpuasa penuh..yeehhaaaaa ops!alhamdulillah

Tahun lepas mengandung..tahun ni menyusu..even pernah lembik sebab tak bersahur tapi gagahkan diri jugak puasa sebab sayang nak tinggal..peluang berpuasa penuh untuk kaum hawa bukan senang nak dapat tao…hihi

Tapi berpuasa time menyusu sangat mencabar dari berpuasa time mengandung

4 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge