Resepi Daging Masak Kicap Blacpepper

Resepi biasa-biasa je..but since ada sorang my dear reader yang request..haruslah tak kedekut ilmu yang cetek di dada ni kan…hoho special request dari adinda Amirah

Bahan-bahan:

– Daging (dipotong nipis-nipis)
– Bawang merah (5-6 ulas-ditumbuk)
– Bawang putih (3-4 ulas-ditumbuk)
– Halia (dimayang halus)
– Lada boh (3 sudu besar)
– Lada hitam (segenggam-ditumbuk lumat)
– Kicap
– Garam
– Ajinomoto
– Gula
– Air
– Minyak masak

Cara-cara:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih..kuantiti minyak yang agak-agak tak banyak dan jugak tak sikit..cukup untuk buat menumis..faham-faham la ek..hihi

2. Bila dah agak kuning bawang masukkan..lada boh..lada hitam..halia..tumis lama sket biar masak lada (naik minyak) tapi jangan sampai hangus pulok ye..api kecik lagi bagos

3. Masukkan daging…goreng sket daging sampai keluar air daging tu..letak kicap secukup rasa..

4. Masukkan air..tutup kuali..tujuannya nak lembutkan daging..ni yang ambik masa agak lama..tapi kalau nak cepat sebelum masak tu rebus daging sampai empuk dalam periuk berasingan…tapi sama jugak..sume makan masa..huhu nak daging empuk kan haruslah lama sket

5. Ulang langkah di atas..selalu jugak la jenguk dan kacau daging tu..jangan sampai hangus lak ye…tengok air dah kering..masuk air lagi..ulang dalam 3 ke 4 kali..

6. Tunggu pekat sket..kalau nak cair pon bole..tapi aku suke pekat-pekat..pastu baru masukkan garam..ajinomoto dan sedikit gula

Owh ye lupe untuk penambah seri..masukkan bawang merah yang dipotong bulat dan lada besar..

tapi ada jugak aku tumis sekali dengan rempah..mak aku letak rempah ape eh?nanti aku tanye dia balik..letak dalam sesudu gitu masa tumis lada

Sekian selamat untuk dingap!
senang je kan uooolsss..ahaha resepi buat beginner macam aku ni..

Selamat lah hai mencuba wahai adinda Amirah ku..

– Posted using BlogPress from my iPad 2.

22 total views, 1 views today

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge