Rekabentuk Tag Bagasi Sesuai Untuk Haji & Umrah, Sementara Masih PERCUMA!

Siapa Rakan Blogger/ Pembaca Pergi Haji Tahun Ni?

Alhamdulillah, selepas selesai niat Yani menghantar Mak dan Ayah Mertua mengerjakan Umrah tahun lepas, tahun ni dapat berita gembira lagi bahawa mereka “dijemput” Allah untuk menyempurnakan Rukun Islam yang Ke-5.

Boleh baca perkongsian mereka mengerjakan Umrah di Umrah pada Musim Sejuk.

#1: Tolong Buatkan Tag Bagasi

Malam ni sebelum Ayah & Ma bertolak Esok untuk mengerjakan Haji, mereka terlintas nak minta tolong buatkan tag atau tanda nama mereka untuk ditampal pada bagasi masing-masing. Katanya mudah bila ada tanda nampak dari jauh. Walaupun dibeg telah ditulis tangan dengan menggunakan Pen Marker tetap juga nak buat ala-ala macam sticker gitu katanya.
Gambar 1: Bagasi Ma & Ayoh yang dah bertulis tangan.

#2: Semua Gambar Tag Je..

Selepas Google around Yani tak jumpa “ready made” design yang nampak formal dan simple macam yang Tabung Haji guna, hanya gambar tag yang dah bertampal je ada. Dengan ini, Yani dengan rasa tanggungjawab masyarakat islam yang berkemampuan untuk design melalui kepakaran En. Suami (DK) tersayang bagi membantu memudahkan anda semua dan bakal Haji di luar sana.
Gambar 2: Katanya Formal untuk MUDAH baca. Ok tak korang rasa?

#3: PERCUMA layout Tag Bagasi

Dengan ini Yani dah sediakan gambar yang boleh dimuat turun dan di print hatta hanya menggunakan printer biasa. Layout design ini dah diset untuk kertas bersaiz A4. Yani syorkan anda gunakan kertas sticker bagi memudahkan kerja menampal nanti.
Gambar 3: Klik link di bawah untuk Resolusi Penuh dan Ready to Print.

 DOWNLOAD

#4: Anggaran Saiz pada Bag Bagasi

Layout Tag dirasakan sesuai dari segi “visibility” dan mudah untuk ditampal pada “hand luggage”. Gambar-gambar anggaran saiz dibawah turut disertakan bersama batteri AA  sebagai rujukan saiz.
Semoga membantu.

 

 

 

 

 

Gambar 4-9: Saiz Beg yang berlainan sesuai dipadankan bersama.

 

Nak Buat Poster Gaya Pro Hanya Gunakan Telefon Pintar?

***

Ada yang Mencari Set Vitamin bagi MUDAH mengerjakan Haji atau Umrah?
Yani Sedia Membantu!
Hanya Whatsapp/SMS

“Set Umrah/Haji”

ke
019-934 7686 / 019-9897 206

 

Gambar 10: Set Mesra Haji dan Umrah bagi Tenaga Berpanjangan Ketika Saei, Memudahkan Solat Berdiri dan Ketahanan Imun Badan.

193 total views, 1 views today

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge