Cikgu IT yang Yani maksudkan adalah Cikgu Ismail Tawang (Cikgu IT). Cikgu yang cukup Terkenal dengan jasa, pengorbanan dan ketegasan sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA). Manakala, kaitan dengan Raja pula bukanlah nak kata cikgu ni ada keturunan diraja tetapi kaitan beliau dengan Raja Buah iaitu Durian.
Gambar 1: Cikgu IT bersama rakan-rakan SMASZA untuk trip ke dusun kali ke empat.
#1: Ke Dusun Kita Tahun ni
Alhamdulillah pada tahun ni Cikgu IT pelawa anak-anak didik beliau untuk pergi ke Dusun Durian bagi menikmati Durian secara terus dari Dusun. Antara Jenis Durian yang CIkgu IT tanam adalah Musang King, 101, 99, Durian Kampung Tepoh, Udang Merah dan ada beberapa lagi yang semuanya jenis baka Premium atau Kualiti Tinggi. Selain pokok Durian terdapat buah Manggis (Smeta dalam bahasa Terengganu), Sawit dan Beberapa jenis pokok limau.
Gambar 2: Menunggu Musang jatuh ke riba.
Gambar 3: Penantian yang berbaloi dengan Musang King dan 101.
#2: Gedeboop! Terus Nikmati Di Dusun
Memang best bila sambil jalan-jalan tengok dusun Cikgu yang luas tiba-tiba dengar Durian Jatuh Gedeboop! Berlari-lari anak kami mencari Durian yang jatuh untuk dinikmati fresh dari ladang, maklum la semua Durian Premium kan.
Gambar 4: Fresh dan Cekah Durian guna Kunci je.
Gambar 5: Senyum nikmat.
Gambar 6: Musang King.
Gambar 7: Ulas Musang King.
Gambar 8: Ambil Bau Udang Merah sebab takde yang jatuh.
#3: Macam-macam Rasa
Antara Durian yang menjadi pilihan Yani adalah Musang King sebab rasa dia yang lemak dan manis. Keduanya adalah Durian Kampung Tepoh sebab rasa dia lebih ringan berbanding Musang King. Manakala Udang Merah best jugak tapi rasa lemak dia lagi tinggi dari Musang King dan seulas je pon dah terasa muak. Ulas dia pon besar-besar berbanding musang king. Kekadang sebiji Udang Merah tu ada 4 hingga 6 ulas je. Durian 101 pon best jugak cumanya ada rasa pahit-pahit sket. Alhamdulillah diberi peluang merasa semua jenis DUrian Premium di Dusun Cikgu. Untuk makluman korang, ni dah lawatan Yani ke 4 memandangkan Yani selalu bawa rakan-rakan lain sebagai penunjuk arah ke Kebun Cikgu. Sementara masih musim ni memang seronok sangat kan.
Gambar 9: Ni ulas Udang Merah Hadif duk makan.
Gambar 10: Ada yang mahir tengok jenis Durian? Cer Komen di bawah jika anda tahu.
#4: Manggis Pon Ada
Kalau dah boring makan Durian tu boleh la ke Pokok Manggis pula yang dah masak ranum dipokok. Ada yang kata Manggis mampu memberikan rasa sejuk selepas ambil Durian yang dikatakan panas. Fakta atau Auta? Auta sahaja kerana tiada research terperinci dibuat mengenai perkara ni dan yang pasti Manggis dan Durian berbuah pada musim yang sama.
Gambar 11: Antara Manggis yang sempat dipetik.
#5: Hadiah Ostematrix buat Cikgu IT
Terima Kasih tak terhingga buat Cikgu IT kerana selalu pelawa ke kebun dan durian-durian yang sedap-sedap untuk dinikmati. Sempat Yani Hadiahkan untuk CIkgu dan Isteri beliau yang tersayang Ostematrix bagi bantu legakan sakit-sakit urat dan lenguh badan setelah bekerja di Dusun seharian. Buat kau orang yang ingin mengetahui bahan-bahan yang digunakan dalam Ostematrix boleh rujuk ke Ostematrix Shaklee.
Sabda
Rasulullah S.A.W. bermaksud: “Orang yang pemurah itu dekat dengan
Allah, dekat dengan manusia dan jauh daripada api neraka. Orang yang
kedekut itu jauh daripada Allah, jauh daripada manusia dan dekat dengan
neraka. Sesungguhnya orang yang bodoh tetapi pemurah itu lebih disayangi
Allah daripada seorang abid yang bakhil.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)
*****
Tak sangka “post”ni ramai bertanyakan nombor telefon Cikgu, buat mereka yang mencari anak pokok durian atau lokasi kebun cikgu boleh terus Whatsapp Yani (tekan je butang Whatsapp Yani di bawah screen anda)
Ibu kepada 3 orang anak dan telah berjaya menyusukan sepenuhnya lebih dari 2 tahun. Salah seorang dari Kumpulan Sokongan Penyusuan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
sdapnye durian kuning emas tuuu..pergh! terliur! brape la arge sbiji tuuu….gulp!
Kannn… Warna pon dah mengiurkan… Sebiji around RM30-40 la…
pehh durian..makan kat situ terus pula tu…memang sedapp laa
Fresh! hehe…
seronoknya dapat pegi kebun durian,dpat makan durian fresh baru luruh pulak tu..
Alhamdulillah berkesempatan dapat merasa dari Cikgu, kalau tak memang tak merasa jugak…
best sangat ni fresh lagi haaa
Sangat Best! Jom cuba jika di Terengganu.
saya cuma tahu mkn durian tapi x tahu nama …
Sama la Yani pon, bila ke kebun ni baru tahu sikit-sikit…
ingat wan zakri zulfahmi je situ….
🙂
bestnya.. lama rasanya tak makan buah di dusun. kalau bz memang tak la. suka isi kuning
Sape tak suka isi kuning dik oiiii…. 🙂
Jom! Ke Dusun Next Musim!
Pingback: Durian Jepun? - wanmuliani.com
Salam Cik .ada contact cikgu wei x?sya nk gi mlawat dn beli anak Pokok durian dgn beliau
Ada, boleh whatsapp saya 019 934 7686 utk nombor Cikgu
Please post C.W location using by GPS.