PENGALAMAN DI USA, Bahagian 2; Back to The Future!

Kenapa Back To The Future?

Perasaan Trip ke USA adalah bagaikan Back To The Future disebabkan oleh Perbezaan Masa Dunia. Perbezaan masa Malaysia dan USA adalah sebanyak -15jam. Maka jika bertolak 13 Ogos 2014 dan akan sampai di USA pada 12 Ogos 2014. Back To The Future kan? Mungkin dari perbezaan waktu inilah filem-filem Amareka mendapat idea. Hmmm… Menarik!

Sambungan dari Bahagian 1, Trip USA

Kita sambung perjalanan penceritaan kita, Penerbangan kami akan singgah atau Transit di Hong Kong terlebih dahulu sebelum ke Long Beach, Los Angeles, California, USA. Jom layan gambar-gambar menarik sepanjang didalam Penerbangan Cathay Pacific Airlines dari Kuala Lumpur ke Hong Kong.

Gambar 1: Perjalanan Bermula! Yosh!

 Gambar 2: Random Clouds, mencari langit ke tujuh.

 Gambar 3: First Flight, best sebab ada macam-macam latest movie dalam Multimedia Console dan siap ada 3 pin powerpoint lagi (macam versi outdated sket).

 Gambar 4: Lunch! Roti & Butter, Buah Campur, Kit Kat dan Apple Juice.

 Gambar 5: Main Course; Butter Rice & Sweet Sour Chicken, Alhamdulillah Sedap!
 Gambar 6: Yani nak ambik gambar logo kat spoon set tu, tapi angle salah sket.

 Gambar 7: Angle bagi nampak reflection sket kat logo “Cathay Pacific”. Garpu pon dah cantik, maka bertambah lah selera makan. Jemput menjamu mata.

 Gambar 8: Pramugari Cathay Pacific. Yeap, i know…

 Gambar 9: Random Clouds menghampiri Hong Kong.

 Gambar 10: Hanya Allah maha mengetahui apa yang berlaku dibawah awan tersebut, Ribut? Taufan?

 Gambar 11: MasyAllah, masih luas lagi ilmu MU yang tidak  ku ketahui.

 Gambar 12: Hujan menyambut kami apabila sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Hongkong.

 Gambar 13: Pemandangan Sekitar Airport Hong Kong.

 Gambar 14: Cantik pulak warna Kapal Terbang Korean Air.

 Gambar 15: Dragon Air?

 Gambar 16: Senyum “mewwek” (orang teganu kate).

 Gambar 17: Sedikit taklimat diberikan sebelum perjalanan diteruskan bagi memudahkan urusan imegresen di USA nanti.

 Gambar 18: Travelator made in China.

MH 370?

Sepanjang Permulaan penerbangan, alhamdulillah semuanya berjalan lancar selepas tempat duduk mesra keluarga dah dapat. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong mengambil masa selama 4 jam dan makan tengahari disediakan. Cuma semasa menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong cuaca sedikit Teruk kerana hujan lebat beserta awan tebal. Penerbangan sedikit bumpy dan ada seketika bumpy yang agak mengerunkan maka kejadian MH 370 berlegar-legar dalam kotak imaginasi. Well, common sense kan… bak kata orang Johor:
Cuak gak la…
Walaubagaimanapun, Alhamdulillah kami selamat tiba tapi lewat sejam lebih dari yang dijadualkan. Setakat ini sahaja untuk Bahagian 2 Trip USA memandangkan gambar terlalu banyak dalam setiap post. Nantikan Bahagian 3 pula mengenai 14 jam di dalam Kapal Terbang dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang diawangan. Nantikan…

Anda juga boleh menikmati lebih banyak lagi gambar yang cantik-cantik
diambil sepanjang Trip ini Di Facebook Photographer Bertauliah kami Dean
Kayree (penulis) di album bertajuk USA TRIP, CHAPTER 1: KL > HONGKONG (TRANSIT). Bak kata pepatah Teganu:

Tengok Gambo Sedak Doh… – Awang Goneng.

Master Dean Kayree,
Success Partner Master 8 Bulan,
Founder YMSphotographicSTUDIO. 

27 total views, 1 views today

4 Comments

Leave a Reply to Muliani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge