Orange Butter Cake

Terliur…

Gatal sangat berblog walking pagi-pagi merasa la terliur tengok butter cake faveret ku ini…memang faveret all time la!

tempek dulu resepi kat sini untuk rujukan kemudian hari. ngeh….. ngeh…. ngeh….

Ok ini resepi Cik Masz

Orange Butter Cake

Bahan-bahan:
1 biji buah limau – limau sunquick yang tiada biji
1 cawan butter – cairkan 
2 cawan gula halus (Cik Masz guna 1 cawan jer)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum *
1 sb baking powder * (* ayak bersama)
Beberapa titis pewarna/perisa oren ( Cik Masz letak orange sanquick jer 1 sudu makan )

Cara-cara:

Buah limau dicuci dulu pastu potong dan buang biji serta urat putih di tengah-tengahnya dan potong kecil.

Masukkan buah limau ini ke dalam pengisar bersama butter yang dicairkan, dan gula. Kisar hingga halus.

Tuang
bahan  yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan telur kemudian mixer
kan bahan tersebut selama seminit. Kemudian masukkan bahan diayak
sedikit demi sedikit sambil dikacau sampai sebati.

Tuang adunan
ke dalam loyang ikut kesukaan dan masukkan ke dalam oven pada suhu 170C
selama 40 minit – 1 jam atau sehingga masak. 

Gambar 1: Tengok la rupa kek yang gebu itu.

Master Wan Muliani
019-934 7686
FB: www.facebook.com/oneyani 
Email: wan_muliani@yahoo.com 
Founder YMS Empire Sdn. Bhd.
Master 8 Bulan.

2 total views, 1 views today

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge