“Nugget” Ayam Buttermilk: Snek Sihat Untuk Anak

Resepi kali ni adalah “Nugget” Ayam Buttermilk.

Dah lama Yani tak kongsikan Resepi Best buat anak-anak.
Kali ni Yani dapat resepi ni pon dari kenalan di FB.
Tengok gambar pon dah terliur kan?
Of course lebih sihat daripada beli makanan frozen tu,
Yang korang biasa beli untuk anak-anak mesti nugget, pop corn atau chicken wings tu.
Bukan apa, makanan frozen ni ada letak bahan tambahan untuk bagi tahan lama.

 

Resepi Mudah sesangat!
Hanya Celup Celup Goreng.
Bahan-bahannya:
Dua keping dada ayam,
1 cawan susu Full Cream Milk,
1/2 biji perahan lemon,
1 senduk tepung jagung,
1 senduk serbuk roti (yang kuning),
1 sudu kecil serbuk oregano,
1 biji telur,
*sedikit garam (jika perlu memandangkan ada sesetengah serbuk roti tu dah ada campuran siap).

Apa tu Buttermilk?

Istilah Buttermilk tu merujuk pada susu yang dah sedikit pekat dan rasa memasam sket.
So Yani takde la simpan susu sampai masam, maka kaedah mudah Yani ambik je Susu “Full Cream Milk” untuk dapatkan kepekatan dia tu dan tambahan lemon bagi rasa memasam tu.
Buttermilk yang kanan (nampak kesan susu melekat dicawan sebab kepekatan dia), yang kiri tu susu segar (kurang kesan susu melekat dicawan sebab kurang pekat).
***
Bila tengok susu ni teringat pulak kat Mealshakes. Antara minuman kegemaran anak-anak kat rumah. Bukan setakat sedap je tapi sebagai multi-vitamin buat anak-anak yang “picky eater” atau ada masalah sembelit. Korang boleh baca Mango Mealshakes untuk resepi yang Super Duper Sedap dan tambahan ilmu  untuk pemakanan anak-anak.

http://www.wanmuliani.com/2015/03/mango-mealshake-untuk-anak-cerewet-makan.html
***

Next!

#1: Potong-potong

Potong ayam ikut selera atau shape kegemaran korang. Macam Yani potong saiz dua ibu jari gitulah macam saiz nugget biasa tu. Bila kecik cepat dan mudah sket masak bila goreng nanti.

#2: Rendam

Kemudian masukkan susu Full Cream Milk tadi dan perahan lemon kat ayam tadi, lalu disimpan rapi di dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum di masak. Inilah rahsia melembutkan ayam dan bagi ayam lebih “berjuicy” di dalam. Tapi jangan biarkan ayam  terlalu lama kerana  nanti texture menjadi terlalu lembik.

#3: Celup-celup

 Celupan pertama adalah tepung jagung dan serbuk oregano, kedua adalah telur dan yang ketiga adalah serbuk roti. Gaul dengan rata dan jangan terlalu tebal kerana nanti rasa ‘crust’ dia tu tak sekata.
*klik gambar untuk kualiti yg pasti memuaskan nafsu memasak korang. Hehe…

#4: Goreng / Bakar

Nak mudah Yani goreng je, tapi kalau nak bakar lagi sihat. Boleh la guna pemanggang canggih korang tu. Kalau korang ada Air Fryer lagi la mudah, kan?
Tunggu minyak panas dulu baru masukkan ayam untuk digoreng,
Goreng sehingga kuning keemasan.

#5: Siap!

Dah siap dan jemput makan.
Korang akan rasa sangat berbeza berbanding dengan Nugget biasa yang frozen.
Yang ni Fresh dan Juicy.
Terserah pada korang untuk variasikan.
Yani suka makan buat macam sandwich tu sedap.
Macam DK dia suka buat ala-ala korea gitu balut dengan salad.
Yang penting sedap.
Kan?
Selamat Mencuba!
*Jika ada cadangan lain boleh bgtau Yani di ruangan komen ye.
#akakcuba
#workathomemom
#shakleefirstclass
#resepi

768 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge