Nora Elena


sekarang dah macam fenomena Nora Elena lak..dulu sebok dengan Nur Kasih…pape pon bagi aku citer ni sangat best..tak meleret-leret..dan pelakon pon sangat suuwit dan encem…auuuw!

tapi paling kelakar bila kak geli keluarkan isu ni..kecoh betol!sian dia..aku faham sangat dia tu memang jenis yang sangat gile-gile..tapi tak sangka ramai lak yang sentap bila baca entry dia tu..aku hanya mampu tergelak jela dengan komen dan cacian dari mereka yang sangat la sensitid..adooyai taksub sangat dorang ni kan..relax la..nama pon entry main-main kan..

barisan pelakon drama Nora Elena..

drama tu dah abes pon sekarang…at least aku dah tak terikat…kalau tak asal kul7 je menggelupur nak balik rumah..sampai suami ajak makan pon rela aku tahan ..bole gitu?hihi ni la penangan Nora Elena

tapi aku ada kemusykilan sket

1.kenapa Nora tu asyik la duk pakai skirt je..sampai duk rumah pon pakai gitu…kalau dia pakai sopan sket..maybe buatkan dia lebih nampak sopan dan ayu..sesuai dengan watak yang dibawa

2.kenapa si Seth Tan tu asyik la duk pakai kemeja putih gi keje..dah takde duet sangat ke?kata kaya kan?nampak dia lagi gemok dan tak taf

ahahaha ni just pendapat aku la..jangan la ada yang sentap lak lepas ni

pape pon citer ni sangat meninggalkan kesan di hati aku dan jugak ramai pereeeeeeeeempuan di luar sana kan?ade yang sampai emo…ade yang cair dengan keromantikan si Seth…owh my..aku pon cair

sampaikan aku penah cakap dengan suami “kalau saya la jadi Nora teros je sayang si Seth tu..dahla encem,macho,taf…lomantik lak tu…ehem ehem KAYA lak tu” aahahah dasar perempuan kan?

mendapat la jelingan maut sebijik dari suami =p

ni aku nak share sket link babak yang tak menjadi dalam drama tu..kelakar sangat (credit to info darxniq)

dan lagu yang paling melekat dan best sepanjang drama tu adalah Terhenti di Sini by Asfan walau pon muka dia agak menyeramkan…tapi suara dan lirik lagu dia sangat mencairkan hati dan sanubariku…*pengsan!

tak kesah la drama tetap drama..sume tu hanya fantasi…yang penting suami aku la paling encem,taf dan comel di mata aku(cuma tak kaya macam Seth je..ahaha)jangan mara na…

nota kaki:lepas ni ada Stanza Cinta lak..agak-agak bole celen tak Nora Elena?hu hu hu

20 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge