SokSek Resepi: Mango Mealshake untuk anak-anak yang cerewet makan!

Anak Awak Cerewet Makan?

Anak DK, Hadif terutamanya semasa umur dia 2 tahun memang cerewet sangat bab makan. Masalahnya memberi kesan kepada kita sebagai Aboh yang penyayang mesti risau dan pikir macam-macam.

Nak tahu anak anda cerewet makan ke tidak, boleh rujuk artikel ni:

Pakar Perunding Pediatrik, Dr William C MacLean Jr, berkata antara tanda kanak-kanak cerewet makan ialah keengganan untuk mengambil pelbagai makanan hingga menjurus kepada pengambilan satu jenis makanan saja untuk jangka waktu yang lama, keengganan untuk mencuba makanan baru selain tidak suka sesetengah jenis makanan. -SharHanah.

Kenapa Kanak-Kanak Ni Cerewet Bab Makan?

Mengada kan? Kita dah bagi terbaik, Organik la, Fresh la, tak pedas la, tapi tak nak jugak makan. Kenapa Ye? Tok Ma Hadif selalu cakap budak-budak Zaman Sekarang… Eh! Kenapa?

Nak tahu kenapa? Meh rujuk artikel ni pulak:

Katanya, punca kenapa kanak-kanak cerewet makan adalah pelbagai dan antara yang utama ialah cara hidup moden, apabila ibu bapa lebih gemar membawa anak makan di luar dan kekurangan masa terluang untuk menyediakan anak makanan sesuai dengan usia mereka.  -SharHanah.

lagi menarik…

Apabila kanak-kanak memasuki usia dua tahun, selera makan mereka berkurangan dan pengambilan makanan juga berkurangan. Kalau zaman dulu ketiadaan televisyen umpamanya membolehkan anak memberikan tumpuan sepenuhnya pada masa makan tetapi hari ini sebaliknya, kadangkala televi syen lebih menggoda dan mengenyangkan! -SharHanah. 

.

Haaaa…. kena kat batang idung sendiri!
Apa tunggu lagi! Jom! Ajak anak-anak masak sekali bersama daripada duk layan TV yang kononnya KENYANG tu!

Jemputan Khas, Chef Hadif!

Hari ini, sebagai seorang Aboh yang Super Duper penyayang dan sabar ini menjemput Hadif sebagai pembantu Chef untuk membuat Resepi Istimewa minuman kegemaran Hadif.

Mempersembahkan! Resepi Terunggul Mango Mealshakes Lemak Manis menyihatkan!

==========================================

KELAS MASAKAN(buat air je…) BERMULA!

==========================================

Langkah Pertama: Sediakan Bahan-Bahan Berikut.

1) Mealshakes French Vanilla yang mempunyai rasa sedap seperti Ais Krim Premium.
2) Mempelam yang Manis Paras Bahaya atau boleh juga gunakan Mempelam yang Tak Manis Tersalah Beli (recommended!).
3) Ketulan Ais secukup rasa.
4) Air secukup rasa.

Gambar 1: Mealshakes dan Mango (Buah Mempelam).

Gambar 2: Ketulan Ais 



Langkah Kedua: Cara Potong Buah!

Buah Mempelam elok dipotong kecil-kecil bagi memudahkan proses mengisar nanti. Takdelah berbunyi pengisar macam tercekik nak air je kan.

Gambar 3: Buang kulit Mempelam dulu sambil ajar Hadif Teknik Pantas Buka Kulit Buah.
Gambar 4: Nampak pada warna isi buah dah tahu manisnya. Cer Teka Manis tak?
Gambar 5: Macam biasa, tak sempat habis potong dah habis separuh dimakan Hadif.
Gambar 6: Iyelah! berbangga sangat dapat potong Buah sambil Makan.

   

Langkah Ketiga: Mencampurkan Adunan.

Masukkan Mempelam tadi ke dalam pengisar bersama 200ml air , Ais dan Mealshakes French Vanilla. Kisar sehingga sebati sebagaimana gambar 13. Jika anda semua semua suka rasa buah isi mempelam chunky dan tidak dikisar sepenuhnya boleh rujuk sebagaimana gambar 12. Setelah dikisar beberapa minit, siap untuk dihidangkan dan segera diminum.

Gambar 7: Isi Mempelam diletakkan dalam pengisar.

Gambar 8: 200ml air dimasukkan bagi mengelakkan adunan menjadi pekat.
Gambar 9: Masukkan sesenduk kecil Mealshakes French Vanilla.

Gambar 10: Boleh masukkan lagi Mealshakes jika anda mahukan rasa Ais Cream French Vanilla yang Premium.
Gambar 11: Macam biasa bila Chef dah naik “Sheikh” jumpa dengan Mealshakes.
Gambar 12: Isi Mempelam yang chunky.
Gambar 13: Adunan yang sebati.

Siap! Untuk dihidangkan,

Setelah dikisar mengikut selera anda, hidangkan dalam gelas tinggi bagi mengiurkan lagi juadah.

Gambar 14: Taraaaa! Dah Siap!
Gambar 15: Tak sempat nak hias bagi nampak cantik dan mengiurkan pon dah kena telan oleh Hadif.

Nak Buat Ais-Krim pon boleh!

Daripada adunan tadi, boleh je terus masukkan dalam bekas ais-krim macam gambar 16. Tapi dinasihatkan kalau nak buat ais-krim tu elakkan letak ketulan ais nanti rasa ais-krim tak berapa kick!

Gambar 16: Bekas Ais-Krim.
Gambar 17: Dalam masa 4-5jam dah sedia untuk dimakan.

Tik-Tok-Tik-Tok, Dah Siap Ais Krim!

DK dan Hadif mula buat Mango Mealshakes ni selepas zohor around pukul 230 petang gitu lah, so petangnya pukul 6 dah sibuk Hadif tanya Ais-Krim dia dah siap ke belum. Alhamdulillah, cepat pulak siap. Sedap katanya!

Gambar 18: Hadif sambil mengelamun menikmati hasil tangan beliau yang tak terkata sedapnya.
Gambar 19: Nyam Nyam! Sedap! Pandai Hadif Buat!
Untuk Resepi Mealshakes yang lain  iaitu Watermelon (Tembikai) Mealshakes Super Juicy anda boleh teruskan membaca di 3 Langkah Mealshakes Sedap!
Untuk Mendapatkan Mealshake Dengan Mudah, Selamat dan Pantas boleh ke Mealshakes bersama Chef Hadif.

Semoga Membantu Anda Semua Enjoy Main Masak-Masak Bersama Anak-Anak Tersayang!

Master Dean Kayree,
019-9897 206
FB: Dean Kayree
Success Partner Master 8 Bulan, 
Founder YMSphotographicSTUDIO.
Founder 1001 Tips Diet Tanpa Berlapar.

About Author

Muliani

Ibu kepada 3 orang anak dan telah berjaya menyusukan sepenuhnya lebih dari 2 tahun. Salah seorang dari Kumpulan Sokongan Penyusuan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Comments

  1. adarain says:

    kalau saya mak gtau cerewat nak makan sayur ngan buah. sampai sekarang tapi sayur boleh makan lagi.

    1. Muliani says:

      Terbalik pulak, biasanya sayur je… ni buah pon tak suka ke?

      Something new ni…haha

  2. zik says:

    sedap nih..memmang meletop lah jawabnya.. kalau rasa nih… mahu cubalah..hehe

    1. Muliani says:

      Sangat Menyesal kalau tak cuba, the Best!

    1. Muliani says:

      Kannnn…. baru tengok jeeeee…. belum rasa lagi tu…haha

  3. Ummi Hanie says:

    aduh sedapnya menggoda jiwa 😮

    comel je model anak tu

    1. Muliani says:

      Model tu antara daya penarik…haha….

  4. diana says:

    Resipi best boleh cuba

    1. Muliani says:

      Yes! Wajib cuba!

  5. Wow sedap jak saya tengok hehe

    1. Muliani says:

      Memang nyaman dik…

  6. SaniYunus says:

    Nampak memang sedap mangoo mealshake tu. Lagipun aku memang suka makan mangga…

    1. Muliani says:

      Boleh try kat rumah ni bro. Mudah sangat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge