Baby Stuff~ Nursing Pillow

Asalnya aku nak buat checklist…tapi tengok mana-mana blog pon dah melambak dah list tu…so aku hanya list kan apa yang aku nak beli dan apa yang perlu sahaja…kira aci ah gitu kan?

Kali ni meh aku nak share pasal nursing pillow..yang ni aku belom beli lagi..kegunaan nya adalah bagi menyokong kedudukan baby ketika menyusu(breast feeding)

yela time baru lahir tu..baby kecik lagi..pastu mummy pulak dalam keadaan lemah…sangat sesuai bagi mummy yang melahirkan baby secara operate..

Tapi aku tengok ada jugak yang tidurkan baby atas bantal tu..so berbaloi la beli bantal ni..selesa dan agak besar…

Ni baby kawan aku..jadi model kejap..

Setelah aku survey..aku jumpe 2 jenis nursing pillow

Yang first ni berharga RM 71.90

yang ni kira mampu milik la…aku tengok ramai yang pakai nursing pillow jenis ni..

yang ni ade dijual sekali dengan cover..kalau brand cheeky bon bon RM 31.41 dan brand bumble bee RM 22.32

Yang second ni lak RM 169.20

Ada sapa-sapa bole share tak ape beza antara 2 nursing pillow ni?melainkan harga dia yang agak mahal..mesti ada kelebihan lain kan?yang second ni tak de pulak di jual cover nya sekali…sebabnya cover ni adalah washable..tapi cover yang atas pon washable jugak..huhu

Sumber:www.onebabyworld.com

Mana-mana yang jumpe harga murah lagi dari aku…habaq mai na..aku pon nak tumpang beli gak..hihi sume harga yang aku tulis kat atas adalah harga selepas diskaun..

– Posted using BlogPress from my iPad 2.

About Author

Muliani

Ibu kepada 3 orang anak dan telah berjaya menyusukan sepenuhnya lebih dari 2 tahun. Salah seorang dari Kumpulan Sokongan Penyusuan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Comments

  1. Marsha~ says:

    Bestnye… Yani mmg mesti beli ni tau… Sebab ms dlm pantang, dengan bengkung semua tu, dgn jahit belum baik, mmg kena ade pillow ni utk support bby bila dia menyusu… Akak dulu alas dengan bantal je… Kuikuik

  2. Redbloodsnow says:

    eh chop! yani preggy ea? wahh zie baru tahu yunk. congrats dear!

  3. oneyani says:

    Marsha:baik madam marsha…kalau akak naksponsor lagi baik kot ahahaha

    Zie: dah nak deliver pon yunk…sama bulan dngn zie nyer wedding…hope. Sama tarikh jugak 11.11.11 hihihi

  4. pRincESs_N says:

    bagus nursing pillow ni..tp N x bli pon dlu..x to nape tah..

  5. nk nursing pillow murah? Blh beli or tempah ngan sy. Range harga serendah rm52.90 (ready made). Depend pd fabrik n corak. Sy jahit sendiri so, design x sama ngan kedai.. Blh check fb sy, Mardziah abdul rahman or call 0192454099

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge