Lebih Bertenaga Bersama Set Haji dan Umrah Shaklee

Jemputan yang Dinantikan

Tahniah dan Alhamdulillah buat rakan-rakan Yani dan keluarga yang menerima panggilan Haji pada tahun ini.

Persiapan semua bagaimana?

Yani ada kongsikan contoh sticker atau tag untuk beg bagasi di Rekabentuk Tag Bagasi Haji/ Umrah bagi memudahkan buat mereka yang nak tampal di beg atau laminate dan ikat di beg masing-masing supaya mudah cari beg bagasi nanti memandangkan semua bagasi nampak lebih kurang sama je.

 

Contoh Tag Bagasi Umrah/ Haji

 

Teruskan membaca kerana Yani akan kongsikan supplement Shaklee yang paling sesuai dan mudah dibawa ketika mengerjakan Haji atau Umrah.

Jemputan Haji ini bukan biasa-biasa tapi sememangnya buat yang bertuah dijemput oleh yang Maha Kuasa.

Yani sendiri belum menunaikan Haji lagi. Hanya diberi kesempatan Umrah sebanyak 2 kali, iaitu pada December 2015 dan January 2017. Jemput baca kisah kembara Umrah Yani di Kembara Umrah Ziarah Bersama Shaklee. Doa-doakan juga Yani sekeluarga dapat menunaikan Haji di usia muda dan ketika masih bertenaga.

 

 

Beza Haji dan Umrah

Ibadah Haji dan Umrah ini nampak macam rumit, bila difahamkan betul-betul insyallah mudah.

Perbezaan yang paling utama antara Haji dan Umrah ini adalah:

  1. Ibadah Haji dilaksanakan dalam waktu yang lebih lama kerana lebih banyak masa diperlukan bagi memenuhi setiap rukun.
  2. Nak laksanakan ibadah Haji itu perlu lebih tenaga dan fizikal kerana setiap rukun dibuat lebih banyak aktiviti dan lebih terperinci.
  3. Manakala, Ibadah Umrah hanya melibatkan aktiviti seperti berikut:
    * Berihram di Miqat. (Bahasa mudah dia pasang niat di tempat yang sepatutnya).
    * Tawaf Kaabah 7 kali.
    * Saei, iaitu berjalan kaki antara bukit Safa dan Marwah 7 kali.
    * Bercukur rambut.

 

Berdasarkan pengalaman Yani mengerjakan Umrah kali pertama. Ketika Saei yang paling memerlukan tenaga dan stamina yang tinggi.

Sampai di Mekah sekitar 4pagi dari Madinah. Pusingan pertama Saie pon dah terasa semput kerana faktor tidak cukup tidur dan letih dalam perjalanan ke Mekah. Nak rehat sekejap pon macam takut-takut sebab nak habiskan Umrah dengan kadar segera bagi mengelakkan dam dan nak rehat secukupnya.

Sebenarnya lepas tawaf boleh rehat sekejap selepas menunaikan solat sunat tawaf dan disunatkan minum air zam-zam selepas tawaf.

 

 

Cabaran Haji dan Umrah

Cabaran yang biasa kita dengar adalah jarak perjalanan Hotel. Kebiasaan bila musim Haji nak dapatkan hotel yang dekat dengan Pintu masuk Masjidil Haram tu menelan belanja yang tinggi dan pakej pon mahal-mahal semuanya.

Dah la hotel jauh, nak sambung buat Tawaf dan Saei pula nanti sangat memerlukan tenaga fizikal yang tinggi.

Antara perjalanan jauh semasa mengerjakan Haji adalah:

  1. Anggaran tawaf 700m – 1km x 7pusingan = 7km.
  2. Anggaran Saie, dari Bukit Safa ke Bukit Marwah 450. 450m x 7pusingan = 3.2km.
  3. Jarak ke Jamrah melalui jalan terowong anggaran 3.5km. Dan jika berada di Mina 2 jarak ke jamrah anggaran 6km sehala (pergi balik anggaran 12km).
  4. Jarak antara Jamrah ke Jamrah pula anggaran 250m. Jamrah yang paling jauh adalah Jamrah Kubra anggaran 400m dari Jamrah Ula. Jumlah Jamrah ada 3 kesemunya iaitu Jamrah Ula, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra. Jarak dari khemah ke Jamrah pula anggaran 10km.
  5. Maka jumlah anggaran perjalanan sepanjang mengerjakan Haji adalah 52km ~ 60km. Manakala Umrah hanya 10km.

 

Ringkasan Panduan Perjalanan Haji

 

Ini tidak termasuk perjalanan ulang alik ke tandas, makan, minum dan Masjid. Hanya duduk berehat di hotel pasti terasa ruginya nanti bila dah balik ke tanahair. Maklum lah kita datang untuk beribadat dengan hasil titik peluh tabungan kita yang mungkin ambil masa puluhan tahun.

 

 

Penyakit Berjangkit

Pernah dengar penyakit “Selsema Unta” atau “Syndrom Pernafasan Timur Tengah” ?

Kita pasti selalu mendengar dari kaca TV apabila musim Haji.

Bayangkan kalau kita perlu mengharungi lautan manusia yang penuh sesak dari pelbagai negara. Virus dan bakteria turut berkumpul dan bergaul mesra dengan persekitaran kita. Jika imun badan kita lemah pasti mudah mendapat jangkitan semudah batuk atau selsema.

 

 

Klinik Sentiasa Penuh

Sakitnya semudah batuk atau selsema dan akhirnya membawa kepada pening kepala dan masalah-masalah yang lebih serius. Walaupun sakit-sakit biasa tapi inilah yang menyebabkan Klinik Tabung Haji sentiasa penuh.

 

Antara Sukarelawan Jemaah Haji (Noramira Aminuddin)

 

Boleh baca perkongsian dari Sukarelawan Noramira Aminuddin di Pengalaman Suami Isteri Menunaikan Haji Sambil Menjadi Sukarelawan.

Antara penghuni lain adalah warga tua atau warga emas, ramai yang tersadai di Klinik kerana masalah kesihatan yang mungkin lebih serius.

Masalah kesihatan semudah selesema dan batuk ini juga sangat-sangat menggangu ibadah yang khusyuk nanti. Kan?

Pasti sedih dan menyesal tak sudah apabila mengenangkan ganjaran-ganjaran pahala yang besar yang sepatutnya kita sedang medapatkannya tapi tidak kerana perlu “berehat” di hotel atau klinik sahaja.

Sayang sangat dengan kesempatan yang diberi ini dibiarkan begitu sahaja. Ini mungkin yang Pertama dan Terakhir buat kita menunaikan Ibadah Haji.

 

 

Set Cadangan Haji dan Umrah

Set Haji dan Umrah ini Yani pernah beri kepada ayah dan ibu mertua ketika mereka mengerjakan Haji pada disember 2012. Boleh baca kisah perkongsian mereka di Dugaan Pesakit Kencing Manis dan Darah Tinggi mengerjakan Umrah.

 

Set Cadangan Haji/ Umrah Shaklee

 

 

Set Cadangan Shaklee ini ada 5 item kesemuanya. Antara fungsi utama mereka adalah seperti berikut:

 

Vita-Lea

Multivitamin yang membekalkan nutrisi lengkap untuk kesihatan badan.

Untuk maklumat mengenai kandungan terperinci mengenai Vita-Lea boleh rujuk terus ke Vita-Lea Shaklee.

 

Vivix

Membantu menyokong kesihatan sendi & imun badan.

Untuk maklumat mengenai kandungan terperinci mengenai Vivix boleh rujuk terus ke Vivix Shaklee.

 

Ostematrix

Membantu mengelakkan kekejangan otot ketika Saei. Selebihnya sangat membantu pengambilan sebelum tidur supaya bangun keesokkan harinya bagaikan baru selesai mengurut kerana kandungan Kalsium dapat membantu melegakan otot selepas seharian mengerjakan ibadah.

Untuk maklumat mengenai kandungan terperinci mengenai Ostematrix boleh rujuk terus ke Ostematrix Shaklee.

 

Coq-Trol Plus

Ibarat bateri jam untuk jantung mengepam darah.

Untuk maklumat mengenai kandungan terperinci mengenai Coq-Trol Plus boleh rujuk terus ke Coq-Trol Plus Shaklee.

 

Performance Drink

Kekalkan badan terhidrasi terutama di Padang Arafah & Mina.

Untuk maklumat mengenai kandungan terperinci mengenai Performance Drink boleh rujuk terus ke Performance Drink Shaklee.

 

Buat mereka yang hendak membeli Set Haji/Umrah Shaklee boleh terus picit link dibawah.

BELI SEKARANG! SET_HAJI_/_UMRAH_SHAKLEE

 

Jika masih ada persoalan atau nasihat yang diperlukan boleh terus tekan butang “Whatsapp Yani” di bawah screen ini.

 

 

 

 

 

 

93 total views, 1 views today

One Comment

  1. Pingback: Rekabentuk Tag Bagasi Sesuai Untuk Haji & Umrah, Sementara Masih PERCUMA! - wanmuliani.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge