Kenapa Susu Badan Sikit? Cukup Ke?

Bersiap sedia menanti kelahiran bayi anda merupakan satu pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Banyak perkara yang perlu dilakukan seperti memilih nama untuk bayi yang bakal dilahirkan, menyediakan barang-barang keperluannya dan memikirkan cara terbaik untuk menyusukannya.

susu-sikit-penyusuan-ibu

Satu perkara yang perlu anda fikirkan ialah penyusuan bayi dengan susu sendiri. Ia banyak sekali mendatangkan faedah kepada anda dan bayi.

Tapi dalam kita seronok menyusukan anak pasti ada rungutan seperti ini:

“Saya sedih sangat bila orang yang tak faham kita breastfeed anak. Orang tnye kenapa pam banyak kali? Susu sikit ke smpai kena pam banyak kali? Saya cuba yang terbaik selalu buat tak endah je tapi hari ni touching lain macam.”

Ada yang mengadu suami yang tidak sokong

“Saya pulak suami sendiri sibuk suruh beri susu formula tapi saya diam je la. Saya faham sebab suami tengok kakak die bagi ank-anak makan nestum masa umur 1 bulan kerana risau susu sikit.”

Ada yang mengadu emak yang bising

“Saya baru ni balik kampung mak sendiri yg tegur bukan org lain. Kebetulan balik kampung anak saya duk buat perangai je, mak tegur suruh bagi makan. Katanya susu sikit sebab tu anak tak puas hisap.”

Ibu-ibu pernah dalam situasi di atas?

Kali ni saya tak nak sentuh tips banyakkan susu tapi saya akan kongsi betapa pentingnya sokongan dalam menjayakan penyusuan.

Bila bercakap bab susu sikit, semua akan fikirkan bab ‘milk booster’ tapi ramai yang terlupa banyak faktor yang mempengaruhi.

1. Faktor makanan yang bernutrisi
2. Letih dengan tugas harian
3. Stress dengan persekitaran

Antara usaha yang saya lakukan dari awal usia kandungan adalah mencari info-info berkaitan penyusuan. Segala kebaikan dan keistimewaan mengenai susu badan saya kongsikan pada suami. Kerana suami lah ‘perisai’ paling kuat untuk kita di saat lemah alam berpantang.

Saya sendiri pernah mengalami situasi susu sikit. Saat kelahiran Hadif anak pertama kami, 5 tahun yang lepas, awal kelahiran susu sikit sangat. Mak mertua dah berkali-kali mintak belikan susu formula kerana kesiankan cucu sulungnya.

Saat terdengar je suara anak menangis, saya sebagai ibu insan paling stress sekali. Terus terbayangkan susu sikit macam mana anak nak berhenti menangis sebab lapar.

 

susu-hari-pertama

 

Alhamdulillah berkat sokongan suami, rakan yang sama-sama menyusukan yang tak jemu menyakinkan saya susu itu cukup untuk bayi. Ini adalah hasil tuaian pertama susu badan. Susu sikit tapi pekat.

 

saiz-perut-bayi

 

Mereka share ilmu size perut baby waktu awal kelahiran dan takde istilah susu sikit. Hanya ada istilah susu cukup untuk keperluan. Allah berikan rezeki secukupnya. Bayi yang menangis bukan hanya kerana lapar, tapi belum biasa dengan alam baru. Mereka perlu didakap kemas seperti alam rahim.

Sebab tu lah saya wujudkan support group di wassap untuk sentiasa berikan semangat kepada ibu-ibu yang mereka tidak bersendirian dalam perjalanan penyusuan.

Syukur bila ibu-ibu meluahkan rasa gembira

“I see. Tujuan group ni pun untuk kita support sesama sendiri. Tak boleh tolong physically, kita tolong mentally. That’s the most important motivation anyway. Emosi nak kena jaga. Baru la badan tak stress untuk produce susu.

Hurm ramai rupanya yang family sendiri cakap susu sikit. Saya igtkan saya je kena. Nasib la ada group mcm ni, supportive.”

 

support-group

 

Semua ini antara kata-kata dari support group wassap “Breastfeeding Is Awesome” yang kini mengumpulkan 99 orang ibu menyusu di sana. Segala kegembiraan dan masalah kami kongsi bersama.

Walaupun penyusuan susu ibu merupakan kaedah semula jadi tetapi ia bukanlah sesuatu yang datang dari naluri. Sama ada anda baru mula berfikir tentang penyusuan itu atau pernah menyusukan bayi anda sebelum ini, kami boleh membantu membimbing anda. Kami akan memandu anda, bermula dari kehamilan, ketika penyususan sehinggalah kepada menghentikan penyusuan.

Ibu-ibu yang berminat untuk join group ini boleh wassap Yani di nombor 019-934 7686 atau dapatkan di FB Wan Muliani. Semoga usaha ini membantu ibu-ibu di luar sana yang betul-betul memerlukan support dari segi moral dan ilmu tambahan.

38 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge