Trending Di Kuala Terengganu NOW!
Antara tempat makan-makan yang Trending di Kuala Terengganu sekarang adalah Restoran Rahsia yang famous dengan masakan baratnya. Mula terkenal RAHSIA ni antaranya kerana Menu Meatballnya yang rasa ala-ala Meatbal IKEA. Memang terasa kualiti makanan yang disediakan PREMIUM dan Harga agak PREMIUM jugak berbanding dengan kedai-kedai yang berdekatan. Kami dah ada ceritakan sikit mengenai Restoran Rahsia pada post yang lepas kat Bermulanya Restoran Rahsia.
Mulanya RAHSIA dulu memang sangat berbeza dari segi MENU terutamanya. Tapi masih kekalkan dengan TEMA Western la. Menu-menu yang sangat menarik dan sedap!
Dari Segi Rasa Kami bagi 5 Bintang!
Dari Segi Harga Kami bagi 3 Bintang!
Gambar makanan semua blurry sebab lighting tak cantik masa ambik…. so maybe next post kiteorang bagi ye. Waktu Operasi untuk Restoran Rahsia rasanya petang dah buka around pukul 5 petang sampai malam around 12 Tengah Malam, dan tutup setiap Hari Khamis dan Jumaat. Kalau info ni salah minta rakan-rakan Update kat ruangan komen ye.
Seterusnya Minum-Minum Pulak!
Actually, untuk makluman korang Kopitiam Kawa Coffee ni dari owner yang sama dan hanya seberang jalan je dari Restoran Rahsia. Minat minum Kopi atau lepak-lepak minum kopi? Sekarang dah ada tempat yang cool dengan rekebentuk kedai yang menarik. Kopitiam ni menarik sebab design dia base on Cabin! Buat Arkitek-arkitek yang nak tengok built-up kualiti dengan Functionality boleh la buat site visit ke sini.
Apa yang istimewanya di sini Kopi diorang Style ala-ala Starbuck atau Coffee Bean sebabnya Style Presentation dan makanan atau snack yang disediakan. Cuma Kopi diorang terasa Kick! Sebabnya yang Yani perasan depa ada letak RAW Coffee Bean dan diblend skali dengan Frappe/ Ice Blended Coffee. So masa minum tu bila tergigit biji kopi yang dah hancur terasa sedap plak. Untuk Menu Kopi yang terdapat di Kawa Coffee ni korang boleh nengok kat gambar-gambar kat bawah tu je.
Dari Segi Rasa kami bagi 5 Bintang!
Dari Segi Harga kami bagi 3 Bintang!
Dari Segi Makanan Pulak Macam Subway pon ada!
Miss those Subway Sandwiches? Kawa Coffee boleh bantu beb! Ada sandwich yang semua sesedap dan yang paling Yani suka adalah Kawa Sandwich! Besar dan Sedap! Selain Sandwiches ada juga Cake and Pastries yang disediakan. Nampak sedap-sedap tapi Yani tengok macam tak mesra Kalori jee… Hehe… So maybe Next Visit kita cuba pulak!
Dari Segi Rasa Kami bagi 5 Bintang!
Dari Segi Harga Kami bagi 3 Bintang!
*******
Antara Menu lain yang Yani cuba, boleh Baca di Brownies & Java Chips di Kopi Qawa.
*******
************
Updates!
Lepas dah Pergi 3-4 kali baru perasan bahawa nama bukan “Kawa” tapi “Qawa”. Buat anda yang pernah pergi boleh tag gambar-gambar dengan hashtag #kopiqawa.
************
Makan, makan, makan dan makan akan makin KURUS kalau anda Sertai Program #soksekkurus bersama Yani! Jom! Makan sepuasnya!
Master Wan Muliani
019-934 7686
FB: www.facebook.com/oneyani
Email: wan_muliani@yahoo.com
Founder YMS Empire Sdn. Bhd.
Master 8 Bulan.
848 total views, 2 views today
Telan air liur jer lah kalo orang dari jauh ni.. huhu
Orang jauh takpe dah ada subway dengan starbucks ori kannn…
Nampak kedai biasa-biasa jer..nak kena carikan juga kedai ni..try test sekali..hehe
Wajib! Dah jumap & rasa nanti wajib review di blog ye….
orang ganu pun dah cam dok kl jek
Harga makanan lagi mahal dari KL pon ada….
Jauh pulak, kalau dekat boleh lah try
Singgah teganu boleh la try nanti…
Kami ada buat giveaway hadiah turkish coffee dan turkish coffee pot ni. Penggemar kopi sesuai sangat join 🙂
Waaaa… Nanti Yani singgah..
wahh..balik terengganu nanti kena terjah kedai2 ni..menarik ni
Wajib Terjah, nanti boleh review dalam blog pulakkan…
Erm saya pun gemar minum kopi ni…
Tapi jangan amal selalu ye Tuan Ishak, balance balik dengan Air Kosong ye, hehe…