Perkara 5: Ikan Bakar & Nasi Lemak Umbai, Melaka

Selepas letih melayan kerenah Hadif bermain di Dataran 1 Malaysia, anda boleh flashback di Cafe Bus dan Bustel Di Melaka. 

Umbai, Melaka

Seterusnya perjalanan kami akan ke Umbai, Melaka untuk menikmati Juadah Ikan Bakar dan Nasi Lemak yang menjadi buah mulut rakan-rakan supaya mencuba jika ke Melaka. Perjalanan ke Umbai memakan masa selama 1 jam dari Pantai Klebang. Maka, kami mengambil keputusan untuk terus ke Umbai bagi mengelakkan pembaziran masa jika balik ke Hotel. Yani lupa nak maklumkan yang kami Check-in di Hotel Mahkota sebelum menikmati Air Coconut Shake di Klebang Original Coconut Shake. Nanti Yani kongsikan bagaimana suasana Hotel Mahkota.

 Ketibaan kami disambut dengan bangunan yang besar seperti sebuah kompleks ikan bakar dan bukan gerai-gerai style perkampungan nelayan. Suasana sedikit hambar kerana tak ramai pengunjung mungkin kerana hari bekerja, tapi kami suka sebab tak kalot dengan orang ramai.

 Gambar 1: Bangunan Kompleks Ikan Bakar. haha.. Besar sangat…

 Gambar 2: Kedai pilihan Yani ialah Umbai Grill Fish, betul-betul sebelah kanan dari arah masuk.

Umbai Grill Fish

Kedai Pilihan Yani nama Umbai Grill Fish, kerana dah penat nak cari kedai lain yang nun jauh kat belakang memandangkan kedai yang terlalu banyak. So kami terus ke kedai berdekatan pintu masuk aje. Suasana kedai pon bersih dan ada ruang untuk makan bersila  di sebelah kanan (rujuk gambar 2).

 Gambar 3: Beraneka pilihan hasil laut yang segar-segar.
 Gambar 4: Suasana kedai yang dikerumuni ramai pengunjung.

 Gambar 5: Nama kedai “Umbai Grill Fish”, macam direct translate Umbai Ikan Bakar pon ada.

 Gambar 6: Otak-otak pon ada… sedap juga, macam otak-otak kat Johor.

Ikan Bakar VS Nasi Lemak

Agak luarbiasa bagi Yani setiap seafood yang disediakan akan dihidangkan bersama Nasi Lemak. Kebiasaan Yani hanya makan dengan Nasi Putih. Agak menarik kombinasinya, sebab semua seafood boleh diratah. Nasi Lemak di Melaka memang sangat Sedap! Nasinya dah terasa lemak santan. Sambalnya yang cukup rasa dan pedas. Memang Syok layan. Nasi Lemak pon kecik-kecik je satu bungkus, so elok la boleh kontrol skit makan nasi, hehe. Jom menjamu mata…

 Gambar 7: Nasi Lemak dan Butter Prawn.

 Gambar 8: Butter Prawn.

Separuh 3 rasa, Separuh Bakar

Yang menariknya di sini, seekor ikan boleh bahagi dua dan dimasak berlainan masakan. Contohnya seperti Yani order separuh bakar dan separuh 3 rasa. Hmmmm…. jimat! boleh rasa macam-macam masakan.

 Gambar 9: Ikan Siakap 3 rasa.
 Gambar 10: Siakap Bakar dan sambal kicap.
 Gambar 11: Sayur Kailan Goreng Belacan.

 Gambar 12: Antara hidangan untuk santapan.

 Gambar 13: Kupang Berlada.

 Gambar 14: Sapik penggemar Seafood.

 Gambar 15: Tak lupa, sotong celup tepung.

Rupa VS Rasa

Semua masakan sangat SEDAP! Sangat recommended buat rakan-rakan yang nak cuba Ikan Bakar di Umbai. Mula-mula Nasi Lemak, rasa nasinya yang cukup lemak dan sambal yang cukup rasa serta pedas. Sedap! Butter Prawn pula, rasa sangat sedap walaupun rupa tidak seperti Butter Prawn biasa yang ada bebenang kuning telur tu. Ikan Bakar dan masak 3 rasa memang jimat dan sedap. Untuk bakar, penyedap adalah pencicah kicap berlada. Dan untuk 3 rasa masih sedap walaupon Rupanya tak dipenuhi lada dan potongan nenas. Sotong Celup Tepung pon rangup dan sesedap rasa. Kupang Berlada pon sedap sangat! Pedas dan pekat. Manakala, sayur kailan ikan masin yang balancekan rasa manis-manis tadi dengan rasa masin. Kombinasi lauk-pauk kali ni mengena dan Sedap belaka.
Jangan lupa, buat mereka yang alergi makanan laut, boleh cuba Alfalfa Complex untuk membantu. Dan ada juga customer Yani yang ambil Alfalfa Complex untuk membantu masalah Gout selepas ambil makanan laut. Alhamdulillah, syukur sangat dapat bantu rakan-rakan. Anda nak cuba? Boleh dapatkan secara Online Alfalfa Shaklee.

Kolam, Mahkota Hotel

Maka, selesai sudah perkongsian Yani sepanjang berada di Melaka bermula di post 5 Perkara Wajib Buat Di Melaka. Dari Permulaan, Asam Pedas dan di akhiri dengan Ikan Bakar. Dah kenyang, jom balik Hotel. 
Yani akan kongsikan dipost seterusnya berkenaan Mahkota Hotel dimana tempat Yani dan keluarga bermalam. Apa yang Best Sangat? Kolam dia…
Gambar 16: Kolam di Mahkota Hotel.
*Terasa lapar pulak tengok gambar-gambar makanan ni…. Jom Minum Petang…

Master Wan Muliani
019-934 7686
FB: www.facebook.com/oneyani 
Email: wan_muliani@yahoo.com 
Founder YMS Empire Sdn. Bhd.
Master 8 Bulan. 

3 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge