GBS Yang Jahat & Cara Rawatan Mudah Bagi Elak Bayi Maut

~Nak  Kongsi: Apa itu GBS dan Cara Rawatan~

Susulan dari Perkongsian Yani semalam mengenai Asbab perginya Hariz,
korang yang belum baca boleh ke Asbab Perginya Pemilihara Harapanku.
Semoga Bermanfaat & Tambahan Ilmu Bersama.

Next, Yani nak kongsikan perkongsian dari rakan Yani pon seorang Doktor.
Mengenai GBS dengan bahasa yang lebih mudah dan direct.
Bagi Yani, penerangan rakan Yani ni lebih jelas dan dapat membantu rakan-rakan ibu-ibu muda terutamanya.

***

Iye, GBS ini hanya asbab perginya anak syurga Yani. Tapi dikesempatan ini juga Yani ingin memberi “awareness” buat rakan-rakan dan ibu-ibu muda yang bakal melahirkan. Pada masa yang sama dapat menambah ilmu Yani yang saling berkaitan mengenai kesihatan.

Semoga Membantu.

***

Takziah sahabatku Wan Muliani dan Dean Kayree
atas pemergiaan cahayamata ke3 Ahmad Hariz Rajaie saat umurnya baru
mencecah 2hari disebabkan komplikasi dari GBS sepsis…

Kalian berdua
beruntung dikurniakan anak syurga yg kini setia menanti utk menyambut di
pintu syurga…

Sebagai pegawai perubatan yg bkerja dalam bidang
Obstetrik & Ginekologi, saya terpanggil untuk menjelaskan serba
sedikit tentang jangkitan GBS (Group B streptococcal) ketika hamil dan
kesannya terhadap bayi dalam kandungan.

#1
GBS adalah bakteria
yg biasa menghuni (commensal) salur faraj wanita.
2 drp 10 wanita adalah
pembawa namun ia tidak memberi kesan kepada wanita tsebut.

#2
Keputihan
dan kencing kotor merupakan masalah biasa ketika hamil disebabkn perubahan
hormon namun boleh juga disebabkan oleh jangkitan GBS.
Oleh itu,
sekiranya mengalami simptom2 tersebut, doktor akan mengambil sampel high
vaginal swab (sampel lendir dr pangkal rahim mengunakan alat mulut itik ie
speculum) dan urine for culture & sensitivity (sampel air kencing
utk dikaji kuman yg tkandung di dalammya).
BUKAN UJIAN DARAH

#3 
Pecah ketuban awal atau premature contraction juga boleh disebabkan
jangkitan GBS.
High vaginal swab juga diambil utk kes-kes begini.

#4
Sekiranya GBS dikesan semasa hamil,
rawatan antibiotik HANYA akan
diberikan sekiranya pecah ketuban awal atau sebelum ketuban dipecahkan
(artificial rupture of membrane) atau ketika proses bersalin.
Doktor
akan paksa bersalin (inductiom of labour) sekiranya pecah ketuban awal
tanpa ada tanda-tanda bersalin yang natural untuk mengelakkan kuman naik ke rahim dan
menjangkiti bayi.

#5
Pemberian antibiotik ketika proses bersalin dpt
mengelakkan jangkitan terhadap bayi ketika melalui salur faraj namun
begitu selepas lahir bayi akan dipantau utk memastikan tidak dijangkiti
GBS. Sekiranya ada tanda-tanda jangkitan, antibiotik akan diberikan.
6 daripada
100 bayi yang dijangkiti GBS boleh membawa maut.

#6
Sekali dijangkiti
GBS semasa hamil,
kandungan yg seterusnya akan dipantau lebih rapi dan
antibiotik akan diberikan semasa proses bersalin.
Mohon para ibu ingat dgn
jelas sejarah kehamilan yang lalu demi kepentingan kehamilan semasa dan
akan datang.
Mohon bertanya pada pakar sakit puan sekiranya ada sebarang kemusykilan.

***

Sebarang Pertanyaan lanjut,
boleh terus kepada Yani.
019 934 7686
atau
019 9897 206

106 total views, 1 views today

2 Comments

  1. Terima kasih perkongsian master yani atas asbab ank syurga. Penyakit GBS ni pestime hanie dengarnya. Sungguhpun hanie dah bersalin 3 kali…pengalaman hanie mengandung ank sulong & no 2 keputihan dan kencing kotor yang teruk..tapi mengandungkan no 3 hanie bebas dari semua tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge