Kenapa Sakura dan bukan Sukaria?
Sakura sebagaimana yang kita tahu adalah sejenis bunga daripada pokok jenis ceri yang pelbagai jenis dan warna. Orang Jepun panggil bunga pokok ni sebagai Sakura. Kaitan dengan Bunga Sakura ini adalah kerana antara amalan orang Jepun yang meraikan Pesta Melihat Bunga yang dipanggil Hanami. Antara aktiviti yang selalu dilakukan adalah bersukaria berkelah di bawah Pokok Sakura ni bersama keluarga dan sanak saudara.
Gambar 1: Antara Sakura yang terdapat di Jepun.
Pokok Sakura ni katanya berasal dari Bangladesh atau Banjaran Himalaya. Negara-negara lain yang ada Pokok Sakura ni antaranya China, Jepun dan Korea Selatan. Tapi kenapa POPULAR di Jepun? Sebabnya hanya di Jepun giat kacukkan pokok-pokok ni secara tiruan melalui “Horticultural”.
Bila Kembang?
Biasanya Sakura di Jepun akan berkembang pada Awal bulan April iaitu pada awal musim panas. Manakala, dari segi warna pula sakura ni ada warna Putih, Merah atau Pink. Cantiknya Sakura ni kerana hanya bunga sahaja yang berkembang pada satu-satu pokok dan hanya akan tinggal ranting sahaja pada musim luruh.
Sakura Malaysia Pulak
Haaaaaaa, korang nak ambik Mood Bunga Sakura boleh la cari sekitar Malaysia sekarang. Macam yang Yani tahu di Kuala Terengganu ni di Jalan Haji Abdul Rahman Limbong. Tapi bukan la SAMA macam bunga Sakura di Jepun tu. Di Malaysia ni nama pokok tu adalah Pokok Kertas Tisu atau nama yang selalu Arkitek Landskap guna adalah Tecoma Trees (Tabebuia rosea).
Gambar 2: Seee…. same je mood dia macam di Jepun tapi ni versi Cuaca Panas sket.
Beza Sakura Malaysia dengan Jepun
Sangat banyak beza sebab spesis pokok pon dah berlainan, tapi warna bunga dan bunga yang lebat membuatkan ia seakan Sakura yang sedang Mekar mengembang. Manakala, Saiz bunga kat Malaysia lebih besar.
Gambar 3: Bunga yang baru mula nak berkembang dan memenuhi pokok.
Gambar 4: Bunga tak banyak lagi, baru nak mula.
Gambar 5: Kuntum Bunga berwarna Pink.
Gambar 6: Terasa berbunga je kat hati ini bila lalu kawasan ni.
Gambar 7: Bunga yang sedang memenuhi setiap genap ruang.
Gambar 8: Nampak macam bunga belah kiri duk mencuit pokok belah kanan supay cepat-cepat berbunga.
Gambar 9: Bunga-bunga yang bertaburan.
Cuma kekadang terasa macam kotor sket apabila terlalu banyak bunga yang dah lama luruh berubah warna coklat. walaubagaimanapun, apabila menyusuri laluan ni anda akan dapat rasa romantiknye suasana dengan bunga-bungannya.
Gambar 10: Sakura Malaysia Pink.
Gambar 11: Kuntuman Bunga yang sedang berkembang mekar.
Gambar 12: Dedahan Pokok Tisu.
Gambar 13: Makin lebat berbunga.
Memandangkan namanya adalah Pokok Kertas Tisu tak bermakna bunganya boleh dibuat tisu ye. Tisunya itu terletak pada kelembutan kelopak bunga tu. Lembut sangat!
Warga Terengganu yang nak melihat keindahan Sakura ala-ala Malaysia boleh la menyusuri Jalan Haji Abdul Rahman Limbong atau berdekatan dengan Hazlan Futsal. Masih blurr kat mana? Meh tengok Google Map kat sini.
Hati terus berbunga-bunga untuk membantu lebih ramai lagi! Doakan kami ye!
Master Wan Muliani
019-934 7686
FB: www.facebook.com/oneyani
Email: wan_muliani@yahoo.com
Founder YMS Empire Sdn. Bhd.
Master 8 Bulan.
1,285 total views, 2 views today
Bila la nak ke sini ekk..macam sedap aje..boleh terbawa-bawa dalam mimpi ni..hehe
Yang Yani tahu di Teganu jela, katanya belah KL dan Perak ada cuma lokasi tu tak tahu sangat.
wah best nyer,,,teringin nak ambik gambar dekat pokok sakura gak..hehehe
Jom! Berkelah bawah pokok. hehe
cantik-cantik semuanya la ye
Cantik sangat…. sebab tu sanggup berenti ambik gambar….hehe
lepas nie kan boleh tanam sendiri kat perkarangan rumah..
beul jugak tu, tapi nak tunggi besar pokok tu berjanggut ler….. hehe.
bagi lelaki berjanggut..kalau wanita..??
wah best nya tempat ni..mesti dapat realease tension ni
Bukan setakat release tension tapi siap mengelamun bagai… haha
Bila la nak merasa dapat tengok suasana macam ni. Asyik duk kat bukit je hamba ni.
Tenor kat sini jela…hihi
bunga ni memang cantik.tapi tak berbunga sepanjang tahun
http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/george-kucing-berdiri.html
Nama pon bermusim dik oi…..haha
TQ for dropping by. Dah follow! Terkejut juga ada 10 comments datang dalam satu masa. Rupanya dari blog ni. Nice layout!
Oh! Teringin nak lihat sendiri fenomena sakura ni dekat Kedah. Tapi jauh la pula kan. Huhuhu!
Cuba la ronda Kedah nun… mana tau ada…
Orang rumah saya cukup suka tengok bunga-bunga tumbuh macam tu kat pokok..
Maklum la Kaum Hawa memang berpisah tiada dengan bunga ni… harap gambar-gambar ni mampu memberi senyuman buat orang rumah…
macam ada persamaan la…bagus cari gambar ni…
Memang tak sia-sia Dean Kayree gi ambik gambo angle lawo-lawo.
Masalahnya, nak tunggu pokok bunga kertas tu jadi besar macam tu, lambatnya lah. Kalau masa pokok masih kecik, tak lawa sangat pulak. Hmmm….
Dik, nik pokok Bunga Tisu bukan Bunga Kertas, Nak tunggu besar memang berjanggut la ko…
Sorry, mati-mati ingatkan ini pokok bunga kertas. Dalam UKM banyak, depan bulatan FPI. Kalau di perumahan sekitar Putrajaya pun banyak juga pokok ni..
salah satu kecantikan yang ada pada negara Malaysia..
Kat Terengganu Je setakat ni Yani perasan, kat lain xjumpa lagi….
kalau macam nie situasinya tak perlu kita pergi ke Jepun la
Perlu pergi ke Jepun kalau mampu, boleh layan cuaca sejuk dengan budaya sana kannnn…
Bunga Sakura memang cantik…
🙂
comel ngat, kene g ganue nih…hehe
orang ganu tahu sangat la jalan ni…. location buh doh tu…
Okeh..ada masa nak jalan-jalan ke sini gak..nak tengok dengan mata sendiri..mesti syok ni..
tapi kena datang kena pada musimnya… nanti datang nengok pokok biasa jela xde bunga…
Tempat saya pun banyak pokok ni. 🙂
Post la gambo kat blog, boleh tahu kat mana lagi meriah….kan?
Cantik kan. Kat Melaka ada satu pokok nama Semarak, bunganya warna kuning. Bermusim juga. Bunga sakura ni pun ada juga. Biasa jadi pokok hiasan kat tepi jalan kan.
A'a, biasanya Majlis Bandaran la yang ada tanam ni…. tepi-tepi jalan memang banyak cuma perasan bila dah berbunga penuh je kan…
Kat taman mutiara sungai kob aritu ekin ada nampak.bunga mcm.ni… abg kata bunga kertas betul la.bunga kerttas ya… warna putih yg ekin nampak tu…
Bunga Kertas Tisu sebab lembut sangat, kalau bunga kertas biasa tu keras sket kan kalu perasan…
cantik gambar dan web..
TQ Raja, nantikan post-post yang menarik.
Kat mana mana pun banyak pokok macamni. Cantik mata memandang.
betul tu…tapi ada sestengah pendapat kata elok tanam pokok buah-buahan… buleh hasil makan sama-sama……ye idok?
Apa pon pendapat masing-masing….
Sangat cantik macam kat jepun dah. hehe
itu la, sekadar nak ambik mood sebelum ke Jepun kekdahnya…..hehe
cantiknyer 😉
Sangat Cantik bila pada musimnya, sekarang ni tinggal dedaun jela…
rasanya baru beberapa tahun ni je perasan. sebelum ni macam takde sape kesah kan
Kannnn….. bila dah tersampuk dengan budaya jepun tu baru ngade nak perasan dan menghargai….
Terasa jugak sikit macam di Jepun…memang mengasyikkan….