Ending Day 1: Cabaran Diet Detoks Projekseksi

Alhamdulillah,
Sehari yang agak struggle dimana hanya sayur,sayur dan sayur je boleh di makan. 
Tujuan utama memang nak potong pengambilan gula.

Rasa best plak bila makan sayur je,
Rasa lapar iye ada memandangkan dah terbiasa dengan nasi.
Tapi yang bestnya badan rasa lebih ringan hari ni nak buat kerja itu ini.
***
Ni Antara Feedback Hari Permulaan

Buat detoks untuk reward diri
Selama ni kita makan best-best nak reward diri kan?

Eh terbalik pulak….

Dia sebenarnya macam ni, makan best tu bukan reward diri tapi reward nafsu

Sayangkan badan berdetoks lah bagi clear toksin dalam badan, beri peluang organ perkumuhan kita dapat berehat.

Simple je bukan suruh makan sayur setiap hari pon
Jangan salah faham ye, kita dah makan merapu berpuluh tahun apa salahnya skip sehari dua untuk kesihatan sediri jugak

Kulit pon lebih glowing uolsss!

… 
Ni Antara Juadah Hari Pertama
SALAD & FRUITS Meal
Semua sayur HIJAU BERDAUN sahaja dan
buah sebiji (contoh epal sebiji)

WHY?

Untuk buang solid waste dan regulate bowel movement
 (sistem hadaman dan buangan badan jadi normal)

 

 
*untuk dinner Yani buat sama je macam Lunch tadi dan jangan lupa untuk minum air secukupnya kalau tak memang terasa kering je bibir.
Selamat Berdetoks Semua!

4 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge