Durian Jepun?

Sedap ke Durian Jepun?

Memandangkan musim durian sekarang ni kan. Antara durian yang kita biasa jumpa durian Musang King, D24, Udang Merah dan macam-macam jenis lagi kan? Tapi yang paling Yani suka dan tak puas makan semestinya Durian Kampung. Sape sama kita geng!

Kali ni Durian yang Yani jumpa istimewa sikit sebab kami panggil Durian Jepun. Rasa dia sedap sangat dan tak perlu nak timbang kilo, tak perlu nak cekah dan bergelumang dengan duri-duri tajam tu. Tak macam Durian Cikgu IT yang sedang Viral sekarang, boleh terus baca mengenai Durian Cikgu di Raja di Kebun Cikgu IT.

Durian Jepun ni ada ikut musim juga la dan hanya ada di Sushi King. Mesti peminat Sushi king dah tahu Durian dia macam mane kan?

Nama dia Durian Mochi

Macam manisan bebola dari jepun yang digoreng rangup dan dalam dia ada letak isi durian yang memang sedap dan terasa pior. Sekarang memang sedap laku keras di Sushi King dan kali ini dihidangkan bersama Ais Krim Durian. Bagi Yani bila bercampur dengan ais krim Durian rasa mochi tu tak syok sikit sebab rasa rangup mochi akan hilang bila bercampur ais krim. Maka setiap kali Yani order je mesti minta asingkan mochi dan ais krim tu.

 

Haziq tunjuk Durian Mochi
Sebesar tapak tangan Haziq Durian Mochi ni
Durian Mochi
Ini yang mula-mula Yani order dia bercampur terus Mochi dan Ais Krim
Yani dan Durian Mochi
Sedap sangat, Rangup diluar lembut di dalam

 

Ada yang dah pergi rasa?

Jom! Komen kat bawah sama ada menjadi kegemaran kau orang jugak atau sebaliknya.

104 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge