Domino’s Pizza Di Kuala Terengganu! Yeay!

Domino’s Pizza Di Kuala Terengganu?

Yes! Akhirnya… tercapai juga impian untuk menikmati pizza yang toppingnya tidak kedekut (First Class) dan pelbagai jenis crust menarik yang disediakan. Bagi DK, memang Dominos ni lagi best dari “Pizza H” yang mula-mula menapak di Kuala Terengganu menjual makanan segera Itali ni. Apabila ada persaingan ni, diharapkan “Pizza H” dapat memperbaiki mutu pizza diorang yang semakin lama semakin terasa macam donut keras je (topping yang kedekut), terutamanya kualiti di Kuala Terengganu.

Gambar 1: Warning! Hot Pizza!

Gambar 2: Promosi Terkini Di Domino’s.

Lokasi Domino’s Pizza Di Kuala Terengganu

Lokasinya hanya berhadapan dengan Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah). Bersebelahan dengan 7-Eleven Kuala Ibai (rujuk Gambar 3).
 Gambar 3: Lokasi Bersebelahan 7-Eleven Kuala Ibai.

 Gambar 4: Main Entrance Domino’s Pizza Kuala Terengganu
 Gambar 5: Lokasi dari Google Map.

Gambar 6: Street View Lokasi Domino’s Pizza (bangunan warna merah) dari Arah Kuantan/ Marang.
Merujuk pada gambar 6, bangunan merah (end lot) tu ialah Lokasi Domino’s Pizza. Boleh rujuk gambar 3 untuk gambar terkini Domino’s Pizza Kuala Terengganu.

Ada Delivery Dan Order Online! Waaaaa!

Bertuah mereka yang berada di sekitar kawasan Kuala Ibai ni kerana perkhidmatan penghantaran disediakan dengan percuma dan hanya pembelian sebanyak RM20 ke atas sahaja. So, kalau beli 2 pizza personal pon diorang akan deliver sampai ke depan pintu rumah.
Gambar 7: Pesanan Melalui Online.
Bertambah menarik apabila anda boleh Order secara Online je. Menerusi website mereka http://www.dominos.com.my. Bestnya, order online ni sebab ada FREE KUPON bila kita register dan jawab soalan survey mereka. Antara yang DK dah biasa dapat FREE Regular Pizza, FREE Onion Ring dan Twisty Bread. At least, rasa dihargai selepas jawab beberapa soalan yang simple-dimple je. 
 Gambar 8: GPS Tracker oleh Dominos Pizza.
Selepas siap pesanan online, anda akan diberi GPS Tracker bagi memudahkan anda mengetahui status perjalanan Pizza anda dah siap ke belum, dah nak hantar ke belum dan terasa lebih bersedia untuk menunggu Delivery Boy depan rumah kan. Kebiasaannya pihak Domino’s Pizza Kuala Terengganu akan menelefon anda terlebih dahulu bagi mengetahui dengan lebih TEPAT kedudukan rumah anda untuk urusan penghantaran Super Pantas!
Kaedah lain untuk Delivery atau penghantaran ke pintu rumah anda, anda hanya perlu menghubungi  nombor ni 1-300-888-333.

Suka Makan Pizza Tapi Takut Gemuk!

Makan pizza tidak menggemukkan jika mengikut keperluan kalori anda. DK ada tips bagaimana untuk makan pizza tapi masih maintain slim. Anda boleh ikuti Tips-tips dari DK di Facebook Page 1001 Tips Diet Tanpa Berlapar atau anda boleh menghubungi DK melalui Whatsapp, Facebook Messenger atau sebagainya untuk mendapatkan 1 to 1 Coaching secara Online serendah RM30 untuk mencapai berat badan idaman dan kelihatan slim.

 

 

 

 

Semoga Kenyang Menikmati Domino’s Pizza yang Super Sedap!

Master Dean Kayree,
019-9897 206
FB: Dean Kayree
Success Partner Master 8 Bulan, 
Founder YMSphotographicSTUDIO.
Founder 1001 Tips Diet Tanpa Berlapar.

2 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge