Kita sambung perjalanan di Melaka kita sebagaimana yang sebelum ini 5 Perkara Wajib Perlu Buat Di Melaka. Sebelum ni Yani dah ceritakan berkenaan Masakan di Kedai Asam Pedas Selera Kampung masakan Masak Lemak mereka yang sangat sedap tapi Asam Pedas yang kurang Kick.
Perkara 2: Coconut Shake… Shake! Shake! Shake!
Perjalanan di teruskan ke Pantai Klebang untuk Pencarian Coconut Shake!
Sesampainya di Pantai Klebang dah petang so sekali lagi memang timing sesuai untuk minum petang, tapi Dean Kayree kata masih tak rasa lapar dek kerana pengambilan Alfalfa. Bak kata Pepatah Teganu:
Perut rase Sebu..
Baru ku sedar, Alfalfa mampu membantu mengurangkan selera makan, sesuai sangat dengan mereka yang nak diet macam Dean Kayree. Juga boleh dapatkan Alfalfa Complex secara Online.
Perjalanan tetap mengikut jadual dan kami sampai di Pantai Klebang pada pukul 4.30 petang. Kedai Coconut Shake pilihan Yani kali ini ialah Klebang Original Coconut Shake. Jarak perjalanan dari Bandar Hilir, Melaka ke Pantai Klebang hanya mengambil masa 10 minit ke 15 minit. Senang untuk mengenal pasti lokasi Klebang Original Coconut Shake ni memandangkan jalan akan SESAK sebelum sampai di Lokasi Kedai. Jika anda dari Bandar Hilir, Lokasi kedai akan berada di sebelah kanan.
Klebang Original Coconut Shake
Untuk pengetahuan anda, kedai yang berhampiran Jalan (bahu jalan) adalah untuk bungkus (take away) sahaja sebagaimana Gambar 2. Waktu Yani sampai orang tak ramai sangat untuk Take-Away tapi kereta agak banyak dan mula sesak.
Untuk Dine-in atau makan bersama Keluarga, anda perlu susur ke dalam sedikit dan anda akan lihat Pintu Gerbang yang dibuat Khas menunjukkan Klebang Original Coconut Shake sebagaimana Gambar 3.
Seusai anda susur masuk melalui Gerbang Penyambut Tetamu, anda akan terus ke ruangan Parking kereta yang sangat luas. Anggaran untuk 50-80 buah kenderaan.
Jom! Minum Petang…
Bila sampai je kedai, Haziq pulak berak….. memang “menyambut tetamu gitu”. So tandas yang besar dan bersih turut disediakan untuk kemudahan pelanggan. Kami pun selesaikan “hajat” Haziq dulu then terus masuk ke kedai. Di kedai ni, ada sediakan makanan seperti nasi lemak, mee goreng, beberapa kuih muih dan jagung. Itu antara yang Yani ingat. Tapi yang penting jangan lupa order Coconut Shake!
Special atau Biasa?
Setiap makanan dan minuman perlu dibayar terlebih dahulu selepas membuat pesanan. Yani ambil Coconut Shake special sebab ada 1 scoop Ice-Cream on top. Jika Coconut Shake biasa hanya tiada Ice-Cream on top. So cara pembuatan Coconut Shake yang Yani sempat tengok, diorang masukkan isi kelapa muda dan air kelapa muda, Ice-cream dan ketulan Ais lalu di kisar sehingga sekata. Hmmmm… mudah je! boleh cuba buat ni..hehe. Tapi pengisar yang diorang guna sangat best sebab ais yang dikisar sangat halus dan sedap je bila minum.
Rupa VS Rasa
Selamat Mencuba!
——————————————————————————————————————————–
Seterusnya! Perkara 3; Cencaluk.
Cencalok! Untuk pengetahuan korang Cencaluk ni merupakan Makanan Tradisional Orang Melaka. Cencalok ni diperbuat daripada Udang Halus yang di panggil Udang Geragau. Pendek kata macam budu, tapi budu daripada Ikan Bilis manakala Cencalok dari Udang Geragau. Ada yang turut mengatakan bahawa di Persisiran Sarawak juga terdapat cencaluk. So sape orang Sarawak boleh kongsikan.
Perjalanan seterusnya akan ke Kedai Kegemaran Yani untuk membeli Cencaluk, Belacan dan makanan-makanan tradisi tempatan Orang Melaka. Jom Terjah ke post seterusnya…
Master Wan Muliani
019-934 7686
FB: www.facebook.com/oneyani
Email: wan_muliani@yahoo.com
Founder YMS Empire Sdn. Bhd.
Master 8 Bulan.
548 total views, 2 views today