Kita meneruskan misi pencarian Cencaluk selepas menghilangkan dahaga di Klebang Original Coconut Shake. Kedai yang menjadi pilihan Yani hanya berdekatan dengan Klebang Original Coconut Shake, hanya mengambil masa sekitar 10minit – 15 minit sahaja jika drive tanpa Coconut Shake kat stereng. Hehe…
Jom kita flashback sikit ape tu cencaluk dari previous post:
Cencalok! Untuk pengetahuan korang Cencaluk ni merupakan Makanan
Tradisional Orang Melaka. Cencalok ni diperbuat daripada Udang Halus
yang di panggil Udang Geragau. Pendek kata macam budu, tapi budu
daripada Ikan Bilis manakala Cencalok dari Udang Geragau. Ada yang turut
mengatakan bahawa di Persisiran Sarawak juga terdapat cencaluk. So sape orang Sarawak boleh kongsikan.
Perkara 3: Cencaluk!
Kenapa Yani suka Cencaluk dikedai ni? Sebab rasanya kurang masin berbanding kedai-kedai yang lain. Persinggahan ini bukan sekadar untuk membeli Cencaluk tapi termasuklah belacan dan kuih-muih tradisi orang Melaka.
Kedai ni berada betul-betul di bahu jalan sebelah kiri jika anda dari arah Bandar Hilir dan merupakan kedai yang pertama ada gantung-gantung belacan dan ikan kering. Terdapat beberapa kedai yang sama rekabentuk dengan kedai ni sepanjang jalan di Pantai Klebang. So agak keliru mula-mula nak kenalpasti lokasi kedai seperti Yani dah singgah pertama kali sebelum ni. Pakcik yang menguruskan kedai ni bernama Yusop.


Cencaluk + Budu= Cendu?
Perkara 4: Cafe Bus dan Bustel
019-934 7686
FB: www.facebook.com/oneyani
Email: wan_muliani@yahoo.com
Founder YMS Empire Sdn. Bhd.
Master 8 Bulan.
481 total views, 2 views today