Cara Buat Poster

Cara Buat Poster dengan Menarik dan Efektif

Saya akan kongsikan kepada anda semua melalui pengalaman sebagai pengguna atau End User dan dari kacamata seorang Arkitek yang memang suka bermain dengan rekabentuk, warna dan tekstur.

Perkongsian Cara Buat Poster ini juga adalah sebahagian perkongsian untuk anak-anak (downline) Empire Shaklee kami (YMS Empire). Jika berminat untuk menjadi sebahagian daripada Usahawan Shaklee boleh saja hubungi Oneyani untuk maklumat lanjut.

Jenis Poster yang saya ingin ketengahkan adalah Poster yang lebih kepada cara untuk menjual Produk yang akan digunakan di Facebook terutamanya, di Instagram atau di media sosial yang lain.

Ciri-Ciri Poster yang Efektif dan Baik

 

1) Isi Yang Menarik Perhatian.

2) Dapat menyampaikan Informasi Secara Cepat (sekali pandang).

3) Mempengaruhi Pandangan.

4) Penggunaan Warna Yang Menarik (terang/striking).

5) Prinsip Simplicity atau Less is More.

 

 

CONTOH 1:

Sekali pandang, apa yang anda nampak? Saya nampak Collagen Powder dan “Buy 6 Free 1”. Bagi saya poster ini mecapai maksud yang ingin disampaikan dan Pengunaan warna adalah menarik mengikut tema. Rekabentuk poster juga simple dan jelas. Penggunaan gambar juga tidak banyak, hanya satu dan cukup memberi FOKUS kepada si pembaca.

Sebagai tambahan, untuk anak-anak Shaklee kami, saya cadangan supaya ruangan di
bawah yang menerangkan harga boleh ditukar dan letak nombor telefon anda untuk dihubungi.

Penyelesaian 1:Mudah dan Ringkas

Sekali pandang terasa berminat dengan Produk yang disampaikan dan terus dapat hubungi Anda. Ini adalah contoh mudah Cara Buat Poster dari saya, jika anda ada Tema masing-masing boleh diketengahkan. Seterusnya Penerangan Produk atau Testimoni Produk atau Keberkesanan Produk tidak perlu diletakkan panjang lebar, hanya ambik yang KILLER POINT atau yang paling menyentuh Pengguna. Jika merujuk pada Promosi GLA Complex sekarang, mungkin anda boleh gunakan “TIADA LAGI SENGUGUT” atau “RATU KESUBURAN”. Saya rasakan sampai di sini sahaja sudah mencukupi untuk membuat poster yang menarik dan efektif. Kupasan berikutnya adalah sedikit terperinci dan mungkin dapat menerangkan lebih jelas kepada anda mengenai Cara Buat Poster.

Elemen Penting dalam Poster

 

1) Konsep

Personaliti kepada Poster anda, nampak Maskulin atau Feminin? Formal atau Kasual? dan yang paling penting siapa Audiens Anda. Untuk anak-anak Shaklee saya, saya cadangankan tengok semula Audiens anda, kebiasaan target audiens anda adalah ibu bapa yang mempunyai kewangan yang kukuh dan mahukan yang terbaik untuk diri mereka. Kebiasaan mereka ini lebih tertarik kepada Poster yang formal dan kemas. Femini atau Maskulin Anda yang tentukan. Ingat! hanya Feminin atau Maskulin bukan “Fancy”.

2) Layout

 

a) Prinsip Keseimbangan: 

Formal atau tidak formal, simetri atau asimetri.

b) Prinsip Kesatuan:

Susunan elemen gambar, warna dan latar belakang.

c) Gerak:

aliran gerakan pembaca ke seluruh poster.

d) Penekanan:

mana yang utama > hirarki kontras. Bagi saya yang Utama, Nama Produk > Nombor Telefon anda > Kebaikan Produk.

3) Tipografi

Teknik penyusunan patah kata dan penulisan huruf yang dapat memberi kesan khusus kepada pembaca dan dapat menolong pembaca memahami maksud yang ingin disampaikan dalam Poster.

4) Pemilihan gambar

Gambar sangat diperlukan bagi melengkapkan Cara Buat Poster. Apabila Pengguna tertarik melihat poster anda, kebiasaanya hanya 3- 5 minit masa mereka Fokus kepada apa yang anda ingin sampaikan, maka Gambar sangat penting untuk memudahkan pengguna membuat keputusan.  Bak kata pepatah “Picture is worth a thousand words”.
Ratio gambar dan tulisan yang dicadangkan adalah 50% Gambar dan 50% Tulisan.
Sekian sahaja perkongsian Cara Buat Poster dari kacamata saya sebagai pengguna dan Arkitek. Moga dapat membantu dan tinggalkan komen untuk penambahbaikan Blog Kami dan penulisan saya.  
Manakala buat Anak-anak Shaklee saya, Yani telah adakan Contest Poster untuk GLA Complex,  nantikan keputusannya dalam masa terdekat dan Tahniah buat yang berjaya!
Master Dean Kayree
Founder YMS Empire Sdn. Bhd.
Success Partner Master 8 Bulan.

***
Updates!

Nak Buat Poster Mudah Hanya Melalui Telefon Pintar?
Boleh baca
untuk penerangan lanjut.

Semoga Membantu!

***

About Author

Muliani

Ibu kepada 3 orang anak dan telah berjaya menyusukan sepenuhnya lebih dari 2 tahun. Salah seorang dari Kumpulan Sokongan Penyusuan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Comments

  1. welcome mate… moga membantu.

  2. dyakhadeeja.com says:

    Tq Master 🙂

  3. dyakhadeeja.com says:

    TQ Master

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge