Cabaran 30minit Basuh Kereta Dengan Sabun Ajaib!

Selamat Pulang Perantau…

Macam biasa, selepas seminggu merantau jauh dari Kuala Lumpur menghadiri Seminar Seseorang yang sungguh Super Duper penuh dengan Aura dan Semangat! Alhamdulillah diberi peluang.

3jam Sahaja…

Kali ini perjalanan kami ke Kuala Lumpur terasa sangat singkat! Ini diakui semasa perjalanan pulang, Kami bertolak dari Tol Gombak pada pukul 2 petang dan sampai ke Exit Kuala Terengganu pada pukul 5 petang. Wow! Hanya 3 jam sekarang ke KL dari Kuala Terengganu sekarang. Anggaran kelajuan sekitar 140-160km/j. Tapi diingatkan, 2km sebelum setiap susur keluar anda perlu hati-hati dengan Speed Trap dari Polis dan dinasihatkan perlahankan kenderaan mengikut hadlaju yang disarankan.

Balik je rumah terus serabut tengok kereta macam Gambar 1 kan. Jadi lepas sahaja hantar Hadif ke Sekolah, misi membasuh Kereta Idaman dijalankan dengan terujanya.

Gambar 1: Serangga bertempek di bumper.

Next! Cabaran 30 minit Basuh Kereta Dengan Sabun Ajaib…

Ni dia sabun ajaib (Gambar 2) yang memang super duper best boleh guna 1001 kegunaan. Tapi yang penting hari ni saya nak basuh kereta dari luar ke dalam hanya dalam masa 30 minit. Ye, tiada penolong hanya saya seorang.

Gambar 2: Sabun Ajaib atau lebih dikenali sebagai Basic H.

Gambar 3: Botol nampak kecik kiut miut je tapi kandungannya sangat pekat dan berbuih banyak.

Gambar 4: Side Mirror yang kotor sebelum pekena sabun ajaib.
Gambar 5: Bumper depar sebelum pekena sabun ajaib.

Cara Bancuhan Sabun Ajaib

Untuk basuh kereta “sekecil” saya ni, saya akan gunakan hanya satu penutup dari botol Sabun Ajaib tu (rujuk gambar 3). Air pula hanya memadai 1/3 atau 1/2 baldi kecil yang saya guna macam dalam gambar 6. Dengan sukatan sabun ajaib yang super sedikit tu dah mampu mengeluarkan buih yang banyak dan seronok membasuh bila buih banyak ni.

Gambar 6: Biuh-buih yang mengiurkan.

Cara Membasuh Kereta Menggunakan Sabun Ajaib

Cara basuh adalah sebagaimana kita basuh kereta yang biasa, tiada peralatan canggih yang digunakan. Bermula dengan basuh kereta dengan air mutlak (air biasa yang suci) untuk menhilangkan habuk,debu dan segala kotoran yang mudah tertanggal.

Gambar 7: Mulakan dengan basuhan dengan air mutlak.

Next, kita mulakan basuh bahagian demi bahagian dengan sabun ajaib. Memang smooth je, bau pon wangi yang semulajadi tidak menyakitkan hidung. Tujuan basuh bahagian demi bahagian dan terus bilas dengan air adalah bagi mengelakkan air sabun ajaib tadi kering bersama kotoran kerana cuaca panas.

Gambar 8: Next,kita mula sabunkan kereta dengan sabun ajaib.

Gambar 9: Elakkan kesan sabun ajaib dan kotoran kering bagi mengelakkan kena basuh 2 kali. Sebelum kering basuh je dulu dengan air bersih.

15minit pertama dah pun selesai basuh luaran, air sabun ajaib tadi masih lagi berbuih (rujuk gambar 10). Kesan buih yang berpanjangan, Syok O!

So untuk dalaman hanya semburkan Sabun Ajaib dengan penyembur yang sesuai pada kain bersih dan lap dalam kereta anda dari dashboard ke seating kulit anda. Gambar 2 ada tunjuk penyembur (spray) yang sesuai untuk digunakan.

Gambar 10: Buih yang masih banyak walaupun dah sebuah kereta selesai dibasuh.

Hasilnya!

Memang mudah! hasilnya memang berkilat dan lebih berpuas hati dari basuh dikedai. Antara yang saya perasan, bila ada kesan percikkan masuk dalam mata memang tak terasa pedih. Kalau sabun basuh kereta biasanya masuk mata mesti terasa pedih. Tangan yang duk membasuh tanpa sarung tangan ni pon tak terasa pedih dek kerana terdedah dengan air dan sabun ajaib berpanjangan. Memang terasa lain sangat, tiada rasa mencucuk tajam di tangan bila lama membasuh.

Gambar 11: Berkilat Side Mirror!

Gambar 12: Berkilat Suci Murni Bumper Depan.

Gambar 13: Beza! Memang Berbeza!

Gambar 14: Berkilat Memancooor!

 

 

Kenapa Teruja?

Teruja sebab isteri belikan Sabun Ajaib 1001 (Seribu Satu) Kegunaan.

Katanya Beli di Website kat sini  Sabun Ajaib 1001 Kegunaan.

Maklumlah orang perempuan ni minat Shopping, apa salahnya dilayankan sekali-sekala kalau mendapat manfaat bersama.

Katanya macam-macam kegunaan Sabun Ajaib ni, antaranya membantu:

1) membersihkan kesan karat ditingkap atau pintu dengan pantas

2) membersihkan puting botol bayi dengan mudah.

 Gambar 3: Contoh cara yang digunakan untuk membersihkan puting botol anak-anak.

3) membersihkan kesan minyak didapur dengan mudah.

4) membersihkan kasut sekolah anak-anak dengan mudah.

 Gambar 4: Contoh hasil kasut anak-anak yang bersih putih.

5) bersihkan kereta dengan pantas.

6) membersihkan kipas berhabuk dengan mudah.

7) membersihkan habuk di barangan perhiasan semudah mengelap sahaja.

 Gambar 5: Contoh habuk dibersihkan di kaca, memang berkilat!.

8) membersihkankesan kotoran dibaju dengan mudah.

9) mengelakkan serangga dalam rumah dengan mudah.

10) membersihkan tilam akibat dari anak-anak terkencing dengan pantas dan mudah.

Dannnn….
banyaaaaaak lagi yang memang penat nak taip untuk saya senaraikan. Tapi
yang saya memang suka adalah boleh guna untuk Basuh Kereta! Apa yang istimewanya Sabun Ajaib ni yang betul-betul menarik minat saya katanya:

Mungkin
anda generasi muda, ataupun anda lahir dalam generasi yang sudah tidak
mengenal ‘pencuci organik’ nenek moyang kita dahulu. Sebelum adanya
sabun, bahan-bahan semulajadi seperti daun-daun pokok atau apa-apa
bahagian pada pokok yang mampu menghasilkan
buih dijadikan sebagai bahan pencuci. Siapa pernah pergi camping?
Pernah tak tengok sejenis pokok yang buah2an nya berpintal, warna hijau,
kalau diramas ditangan yang basah, boleh menghasilkan buih? Jadi,
pendek kata, bahan-bahan tumbuhan memang dah digunakan dari zaman dahulu
lagi untuk menghasilkan buih / sabun.  -Amira Ashikin

Organik jawapannya…

Mesti
ada yang pelik. Takkanlah kelapa dan jagung boleh jadi bahan pencuci,
dan bahan pencuci serba guna dengan macam-macam kegunaan pulak tu… -Amira Ashikin.

Tapi yang lebih tepat adalah pencuci biodegradable (that are capable of being decomposed by bacteria or other living organisms)
yang tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya,
tanpa pewangi dan tanpa klorin.

Semoga Dapat Membantu Rakan-Rakan Semua mendapat Kereta yang Bersih Berkilat dengan Pantas dan membantu mengelakkan kesan pedih mencucuk ditangan.

Master Dean Kayree,
019-9897 206
FB: Dean Kayree
Success Partner Master 8 Bulan, 
Founder YMSphotographicSTUDIO

2 total views, 1 views today

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge