Breeze Walk Di Cameron Highlands Bersama Hadif

#Breeze Walk Di Cameron Highlands

Ketika Summer (musim panas) yang agak perit di Malaysia pada bulan April lepas kami berkesempatan pergi ke Cameron Highlands. Pergi bukan bertujuan untuk bercuti, akan tetapi pergi untuk menghadiri Majlis Persandingan Perkahwinan Sepupu Suami di Perak. Jalan  “Pintas” untuk ke Perak dari Kuala Terengganu adalah melalui laluan Tasik Kenyir yang hanya mengambil masa sekitar 4 jam berbanding Jalan “biasa” mengambil masa sekitar 6 ke 8 jam.

Peringatan! Laluan melalui Tasik Kenyir agak sunyi ketika malam dan keadaan jalan yang tidak rata serta terdapat beberapa kesan tanah runtuh sedikit berisiko jika anda ingin meneruskan perjalanan ketika malam hari.

Maklumlah bila musim panas ni dapat persekitaran yang sejuk adalah sesuatu nikmat yang tak terkata dan memang rasa terus nak menetap di Cameron seketika. Seusai kami sampai di Pekan Tanah Rata, kami terus mencari hotel bajet sekitar pekan tersebut untuk berehat seketika dan esoknya dapat menyambung perjalanan terus ke perak.

Gambar 1: Hadif dan Tok Ayoh

Hotel bajet pilihan kami adalah berdekatan dengan Pekan Tanah Rata
bernama Hotel Sun Bird. Memang murah dengan hanya RM 170  untuk Bilik
Family bagi 4 Dewasa
. Hotel yang agak baru bersih dan terdapat wifi. Yang menariknya
mengikut sepanjang pengalaman kami berada di Cameron Highland,

Hotel disini tiada sistem penghawa dingin dan hanya mengunakan Pengudaraan Semulajadi! Tapi sangat selesa walaupun tanpa kipas.

Maka membuatkan kami terasa nak Breeze Walk bersama udara sejuk sepanjang jalan  ke Pekan Tanah Rata feeling macam melancong ke US sebelum ni. Boleh sambung baca pengalaman Yani melancong ke US yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Shaklee di sini.

Gambar 2: Ke Pekan Tanah Rata

Memang nyaman saat bermula berjalan ditepi jalan bersulamkan angin sepoi-sepoi bahasa yang sejuk. Ruang pejalan kaki turut disediakan sepanjang perjalanan dari Hotel ke Pekan Tanah Rata tapi tidak sepenuhnya.

#Sambil mengenal Pekan Tanah Rata

Apa yang bestnya apabila breeze walk ni kita lebih aware atau menghargai setiap yang disekeliling kita dan mudah untuk kita mengenalpasti lokasi-lokasi yang penting ketika Travel jika berlaku sebarang kecemasan seperti kedudukan Balai Polis, Hospital, Klinik, Workshop dan sebagainya.

Gambar 3: Bangunan Stesen Bas Pekan Tanah Rata.
Gambar 4: Pekan kecil tapi sangat sibuk.

Seterusnya kami melalui deretan kedai-kedai bersebelahan dengan Stesen Bas. Pelbagai kedai terdapat dilokasi tumpuan ini, antaranya kedai makan Starbucks, Marrybrown, Mamak, Kedai Buah, Kedai Cenderahati, Klinik, Kedai Pemandu Pelancong dan macam-macam lagi yang memang memudahkan kita.

Gambar 5: Kedai-kedai makan.
Gambar 6: Restoran Makanan Cina.

Gambar 7: Kedai Cenderahati.

Gambar 8: Hadif dalam proses memujuk untuk beli mainan.

Gambar 9: Ceria seperti biasa.

Gambar 10: Buah-buahan segar pon ada.

Gambar 11: Katanya Durian Tempatan walaupun kami tahu di luar musim.hehe

Deretan kedai ni agak panjang dan kami terasa seronok dengan kepelbagaian suasana di sini. Dengan cuaca yang best membuatkan kami lupa penat berjalan dan terus menerus sehingga ke dereta kedai terakhir iaitu terdapat sebuah Hotel.

Gambar 12: Hadif terganggu dengan gantungan mainan yang berderet memanggil-manggil.
Gambar 13: Mereka ternampak sesuatu yang unik.

Gambar 14: Hadif terpesona dengan kereta yang pelbagai saiz dan bentuk.
Gambar 15: Cuba memujuk Tok Ayoh untuk mendapatkan satu, tapi tak berjaya. Hehe.
Gambar 16: Fat Bike katanya, Best Ke Naik? Sape pernah cuba? Cer Komen…

Gambar 17: Ok ke dengan harga yang ditawarkan?
Gambar 18: Laluan belakang barisan kedai.
Gambar 19: Kot ada yang memerlukan bantuan masalah pada kereta sepanjang di Cameron boleh hubungi nombor yang tertera pada lori ni.

 
Gambar 20: Perjalanan yang ceria ditemani pokok-pokok mekar berbunga.
Sangat seronok sehinggakan tak sedar waktu dah malam dan perjalanan balik perlu melalui kedai-kedai tadi. Perjalanan pulang sedikit berisiko kerana lampu jalan yang malap dan tiada lampu disediakan sepanjang ruang pejalan kaki.

#Paling Menarik Sepanjang Perjalanan ke Pekan Tanah Rata

Sepanjang perjalanan breeze walk anda akan perasan terdapat sangat banyak kenderaan pacuan 4 roda. Ada antaranya bertanda CH dan beberapa tempat pelancongan untuk membawa penumpang.

Gambar 21: Penuh dengan barang, memang pelbagai guna.
Gambar 22: Antara yang bawa pelancong.
Gambar 23: Ni yang ekstrem tapi menarik dan jika ke Cameron mesti korang mudah je nak jumpa dengan kereta ni.
Gambar 24: Tanduk Lembu ke Kerbau ni?

#Kedai Makan Pilihan di Cameron Highlands

Gambar 25: Roti Canai Strawberi
Paling menariknya sepanjang dideretan kedai mamak tu kami singgah makan Roti Canai Strawberi. Menarik tapi hasilnya tidak mencapai gambaran Yani. Kalaulah dia letak fresh strawberi kan best, ni letaknya jem strawberi. Dah la manis yang amat, memang Yani tak syorkan.

Tiba masa Makan Malam kami ke Steamboat!

Lokasi kedai sebelum sampai ke pekan Tanah Rata dan betul-betul bersebelahan Hotel De La Fern. Jemput tengok…

Gambar 26: Steamboat dengan persekitaran kedai yang selesa.
Gambar 27: Haziq pon nak steamboat.
Gambar 28: Menunggu Steamboat Siap di masak kita ambil Phytocol dulu bagi block kolestrol yang akan masuk nanti. Hehe.
Gambar 29: Meriah dengan anak-anak.

 Gambar 30: Strawberi Segar.
Gambar 31: Macam biasa bergambar depan papantanda kedai.

#Aktiviti Lain

Keesokannya kami singgah sebentar di MARDI memandangkan terdapat permintaan  dari Kuala Lumpur untuk tolong mencari Madu Tualang Tujuannya hanya madu dan berkesempatan menjengah sekejap taman-taman bunga yang cantik dan buah-buahan yang segar.

Gambar 32: Di Pintu Masuk Ke MARDI.

Gambar 33: Bergambar lah kami disini dahulu memandangkan nak masuk kena bayar tiket rupanya.
Gambar 34: Alhamdulillah, dapat masuk dengan PERCUMA dengan alasan nak pergi beli madu je.
Gambar 35: Sempat bergambar dengan buah anggur yang bertebaran sepanjang jalan ke kedai cenderahati MARDI.
Gambar 36: Pon sempat bergambar bersama bunga-bunga segar.
Gambar 37: Cantik dan berkembang mekar.

Alhamdulillah, perjalanan yang singkat sempat dinikmati setiap saat. Paling Best sepanjang Trip kali ini adalah Steamboat dimakan ketika persekitaran yang sejuk dan Breeze Walk yang sangat mengamit rindu udara sejuknya menyapa dimuka lembut.

About Author

Muliani

Ibu kepada 3 orang anak dan telah berjaya menyusukan sepenuhnya lebih dari 2 tahun. Salah seorang dari Kumpulan Sokongan Penyusuan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge