Balik Raya

Dah pukul 6.30 petang baru kami hegeh-hegeh nak balik..suami baru setel tukar mentol lampu kat rumah..banyak yang dah terpadam..sambung kemas rumah..dan serah kunci pada macik yang nak duduk rumah kita orang sepanjang raya ni..

Aku lak sepanjang hari duk melepek atas katil sajor…kenapa lamdemam menyerang masa ni..Dah la tangan makin lenguh dan saket kesan cucuk tadi..memang betol-betol menjadi la…

Mesti meriah je kat rumah mak..biasanya sehari sebelum raya ni kami adik beradik bergotong royong kemas-sapu-mop-vakum rumah segala..pastu kat dapor sebuk duk prepare juadah untuk raya esok..tadi kol adik aku..dia cakap tengah buat sate..sory la aku satu hape pon tak dapat tolong..memang sangat-sangat tak larat hari ni

Takpe malam ni aku paksa suami bakar sate..wakil diri aku..tapi kesian gak kat die..satu hari berpenat lelah kat rumah arini..kejap keluar beli lampu..kejap gi ambik tangga kat rumah sedara..time nak guna ni la baru sedar tangga kat rumah ada orang pinjam..

Ape lagi eh..preparation raya buat kami suami isteri yang bakal menyambut raya bersama buat kali pertama ni (lelah nak baca status) alhamdulillah ada rezeki buat kami untuk beli baju raya tahun ni

Ikotkan hati nak simpan je duet bonus raya untuk baby..tapi asyik baby je..sekali bagi peluang la untuk mak paknya sempena raya ni kan..hihi nanti pas raya sambung hunting barang baby balik la jawabnye

Beli pon last minit baju-baju tu..terasa meriah dan excaited la pulak..suami aku cakap takpe la at least kita meraikan raya pertama bersama..lepas ni mungkin dah tak dapat nak belanja macam ni..aku ikot aje..hepy lagi ado..hihi

So tahun ni baju raya pertama..baju melayu suami pakai yang tempah masa kawen..aku lak macam biasa la haruslah berjubah kan..ehem ehem tudung pon sempat beli baru..kasut je tak beli..dah takde bajet

Nanti rajen aku tempek baju raya kami (perlu ke?)

Hey perlu la..sebab hepy sangat dapat pakai baju baru jugak untuk raya ni even beli last minit..hihi tapi agak tak hepy la dengan keadaan kesihatan aku sekarang..punah harapan nak makan dengan rakusnya time raya..mulut pon dah terasa pahit semacam..harap esok dah ok sket

Selamat Hari Raya semua..sedih lak ramadhan bakal melabuhkan tirainya..tahun ni aku kurang sangat dapat buat terawih..cepat sangat penat..tapi alhamdulillah dapat puasa penuh…

Semoga aku dan suami berpeluang untuk berjumpa Ramadhan yang akan datang..amin

– Sok Sek Sok Sek using BlogPress from my iPad 2.

29 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge