Asbab Perginya Pemilihara Harapanku, Hariz Rajaie

Hari Sabtu
25 JUN 2016
Genap seminggu Yani melahirkan wildan syurga
Nama Hariz dah lama Dean Kayree pilih (pada bulan 4 dia tulis dalam notes telefon)Nama Ramadhan Yani pilih sempena kelahirannya di bulan Ramadhan yang penuh barakahNamun nama Rajaie dipilih beberapa jam sebelum meninggal,
Che Salbiah beria mencari nama untuk dipadankan dengan situasi kami

Katanya maksud Hariz-memelihara, Rajaie-harapan

Ye kami sekeluarga tetap menaruh HARAPAN yang cukup tinggi untuk beliau
kembali pulih seperti biasa. Itu perasaan NORMAL bagi setiap manusia.

Beliau lahir ke dunia dengan mendapat skor APGAR 9 (baby movement,
pernafasan & tindak balas pada cahaya yang sangat baik sewaktu
lahir)Ye beliau lahir tanpa masalah walaupun post date 10
hari
. Kematian ini langsung tiada kaitan dengan ‘kematangan’ dalam
perut.
Yani cukup menjaga akan segala kemungkinan itu. Sentiasa scan
jantung, monitor kandungan air ketuban dan gerakan baby. Sejak tahu Yani
dah post date segala ilmu berkaitan Yani cari, kawan-kawan yang ada
pengalaman post date Yani interview satu per satu. Yani bukan gamble
hanya ikut naluri keibuan. Semuanya ada rekod dengan doktor.Pagi Sabtu sebelum sahur contraction dah mula terasa sikit demi sikit.
Namun masih gagah buat kerja rumah. Setiap kali contraction Yani layan
dengan bernafas seperti biasa, seperti telan je contraction tu untuk
mendapatkan rasa yang lebih selesa.

Jangan lawan contraction dengan buat
kejang. Ianya akan bertambah sakit.
Setiap kali datang ombak
contraction
Yani katakan pada diri “my baby is coming, my baby Hariz
Ramadhan is coming, ibu dah lama tunggu awak”
sambil senyum seluas-luas
yang mampu. Layan gym ball di rumah. Suami pon turut membantu dengan
massage di bahagian belakang dan pinggul (seperti video yang diajar oleh
fisioterapi-Yani pernah share sebelum ini)Yani buat hip sway.
Tak kira dah walau pon di hospital. Yani tak tahu lah time tu ada orang
nampak ke tidak.
Lantak lah janji Yani cuba control breathing dan layan
surge seperti ‘kawan baik’Memang itu yang Yani tunggu selama
ini pon kan. Pastinya Yani gembira bila ia muncul. Memang itu doa Yani
“nak layan surge dengan TENANG & GEMBIRA” dan satu lagi doa Yani
“Allah berikan kekuatan agar Yani lebih kuat dari contraction yang
hadir”
Seterusnya….

GBS bunyi macam Geng Bas Sekolah je tapi once dah serang baby dasyatnya within 24 hours ia menyerang ke semua organ sampai ke tisu badan.Allahuakbar, satu ILMU baru buat Yani. Selama 3x mengandung Yani tak pernah dengar langsung pasal kuman GBS ni

GBS sepsis maknanya jangkitan kuman yang sangat SERIUS ke seleruh darah sebab Group B streptococcal infection.

Saat doktor pakar, Dr Shafie berkata

 …dalam semua bayi di NICU ni, anak awak adalah yang paling KRITIKAL!

Saat itu muka seperti ditampar, kaki seperti diawangan, kepala terasa berat, tekak terasa cukup pedih.Tidak tahu apa lagi mahu ditanya, hanya ungkapan Allahuakbar yang termampu. Hariz dikerumun oleh ramai doktor waktu itu. Segala prosedur diusahakan namun tekanan darah makin tidak stabil, nadi & oksigen semakin menurun. Seorang HO menarik kerusi untuk Yani dan mintak ambik sedikit darah pada lengan. Yani tanya untuk ape? Katanya untuk antibodi anak. Yani relakan saja tapi entah sempat atau tidak ianya digunakan.

 

Akhirnya Dr memberikan peluang untuk Yani merangkul badan Hariz dan memeluknya walau dibadannya penuh dengn tiub dan masih dalam keadaan intubate. Saat itu Yani faham ianya mungkin detik-detik terakhir untuk kami.

Yani request untuk berikan peluang terakhir buat ma, ayah dan mak lihat cucu mereka buat kali pertama. Dr benarkan dan saat itulah Yani betul-betul dapat memeluk, mencium dan membisikkan kata-kata buat Hariz.

Cium sepuasnya….Tepat jam 11.47 pagi mesin yang menunjukkan nadi kelihatan mendatar dan Dr sahkan itulah waktu official kematian Hariz.

Wildan syurga Yani pergi dengan cukup tenang.
Langsung takde kerutan di wajah.
Cukup tenang sama je seperti masih hidup.
Yani seakan tidak percaya tapi sangat redha dengan keadaan itu.
Tidak tahu dari mana datang kekuatan waktu itu.
Mungkin dari kelembutan wajah Hariz yang cukup mendamaikan hati.
***
Yani kongsikan print screen penerangan mengenai GBS dengan ringkas.
*klik gambar untuk kualiti HD

 

***
Nantikan post seterusnya, Yani sertakan sekali pengalaman ibu-ibu yang pernah mengalami GBS.⁠⁠⁠⁠
***
Al-Fatihah
Dalam Kenangan Abadi,
Ahmad Hariz Rajaie
(Pemelihara Harapan Ibu)
18/6/2016-20/6/2016
13 – 15 Ramadhan

About Author

Muliani

Ibu kepada 3 orang anak dan telah berjaya menyusukan sepenuhnya lebih dari 2 tahun. Salah seorang dari Kumpulan Sokongan Penyusuan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Comments

  1. Mengalir air mata baca ni Yani, kuatnya semangat mu Allah berikan. U inspired me a lot, Hariz tunggu mu di sana. U r strong yani.

    1. Muliani says:

      Terima Kasih untuk kata-kata yang mendamaikan…

  2. UmmuAyyash says:

    Semoga terus tabah dan kuat. Allah pasti gantikan dengan sesuatu yang lebih besar.♡
    *HUGSSSS*

    1. Muliani says:

      Insyaallah dan terima kasih untuk ucapan yang mendamaikan….

  3. Zie Madini says:

    Mengalir air mata zie baca 🙁 Al Fatihah buat arwah Hafiz. Anak syurga…

    1. Muliani says:

      Lama tak jumpe Zie, jumpe di Sarawak je dulu… Terima Kasih untuk Al-Fatihah…

  4. Assalamualaikum yani..takziah atas pemergian baby syurga…dikala ini hati saya juga tgh resah..baby ali saya namakan.juga sedang bertarung nyawa disahkan kena jangkitan gbs hanya beberapa jam selepas lahir.sama seperti yani, kami juga tidak pernah tahu bila wujudnya kuman ni.masa preggy xde tanda2x.Allah saja yang tahu perasaan ni…tak dapat nak diceritakan.Doakan baby ali sembuh…amin..

    1. Muliani says:

      Insyallah, moga Ali dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik.

  5. Iza Fiza says:

    innalillah.al fatihah buat anak syurga akak.sy pon smpai skrg msh terngiang2 ayat doktor "anok awk plg kritikal dlm nicu ni, mesin yg dia guna pon paling tinggi".Tapi kita merancang,tuhan menentukan.Alhamdulillah after 38dys anak sy dapat discharge..38 hari tu sentiasa merendam air mata.tapi saya percaya Allah uji kerana tau kita kuat untuk hadapinya.semoga terus kuat akak.

    1. Muliani says:

      Alhamdulillah, suka baca komen ibu-ibu yang berjaya mengharungi dengan baik dan anak kembali sihat.

  6. Mengalir air mata baca..semoga yani terus kuat dan tabah.

    1. Muliani says:

      Terima Kasih Najihah…

  7. cik kitty says:

    assalamualaikum kak yani.saya terbaca ada rakan fb share pasal status akak masa tu pasal arwah hariz dah takde.start dari tu saya follow akak.untuk update.jadi silent reader.tapi nak sangat tahu kenapa baby akak meninggal.now dah tahu and dah tambah ilmu.thanx for sharing akak.semoga akak tabah. alfatihah untuk arwah baby hariz.

    1. Muliani says:

      Semoga membantu dengan ilmu baru ni… Terima Kasih untuk Al-Fatihah

    2. cik kitty says:

      alhamdulillah.sama-sama akak

  8. mase pregnat 26w sy ade gbs, dh on antibiotics smggu, waktu bersalin doc xsempat nk masukkan antibiotics bby lahir normal n doc ckp xpyah masukkn antibiotics kt bby tp mase 22hari bby tibe2 demam tggi 38-39 suhu on off n doc cpt bby ade jangkitan kuman d paru2 selama 5hari d ward bertarung alhamdulilah bby sihat sekarang dh 65hari. bahaya GBS ni bole effek pd bby,AL Fatihah

    1. Muliani says:

      Alhamdulillah, masih diberi rezki bersama. Semoga anak diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman.

  9. lee says:

    Al fatihah….

    1. Muliani says:

      Terima Kasih

  10. Maria Firdz says:

    Allah tahu kak kuat… Sbb tu dia hadiahkan ahli syurga ni… Apa pun perkongsian ni satu ilmu juga… Al-Fatihah..

    1. Muliani says:

      Terima Kasih Maria

  11. Linda says:

    Assalamualaikum yani, semoga bertabah dan kuat dengan pemergian ini. Jangan risau, Hariz Ramadhan dah pun disimpan di syurga. Bilamana yani sedih, ingatlah yang beliau sedang bergembira di sana.

    Linda pernah GBS+ Waktu 1st preggy, semua simptom ada dan doc mmg on antibiotik. Bila masuk 2nd dan 3rd pregnancy, linda equip diri dgn cara2 elak atau kurangkan GBS. Pemakanan mmg betul2 linda jaga, semua suplemen untuk tingkatkan imun badan pun linda ambil.

    Ibu-ibu di luar sana, sekiranya ada masalah walau sedikit pun dgn kehamilan anda, suarakan dan tanya pada yg pakar ya. Jgn malu jgn segan.

    Untuk yani, kami doakan yani kuat untuk hari-hari akan datang. InsyaAllah

  12. Yusrina says:

    CikYut doakan Yani sekeluarga, semoga sentiasa dalam kasih sayangNya.

    1. Muliani says:

      Terima Kasih Cik Yut

  13. salam takziah kak yani, Allah maha tahu….terima kasih atas perkongsian kak Yani, anak kak dah menanti di pintu surga..

    1. Muliani says:

      Terima Kasih untuk ucapan yang mendamaikan.

  14. Anonymous says:

    As slm Yani, takziah lg skli
    Moga Allah gantikan y lebih baik n semoga Allah temukan Yani dgn Wildan Syurga Yani.
    Just nk kongsi sedikit pglmn isu y sama. Prggy anak 1st 2009, dr awal prggy,mcm2 mslh.contraction bmula dr awal.ada y kt sbb prt nipis.ms tu buat xtau je.rehat je.bmula 5bln,every month sy kuar msuk hosp sbb uti hga bulan ke 9 uti dh btukar pd jgkitn ke buah pinggang.keputihan tu mmg sentiasa ada walau doc dh bg mcm2 ubat. dlm tempoh tu la,Allah izin sy tau sy ada gbs +ve n dminta bhati2.atas mslh y mcm2,hmpir diinduce,sy request balik bsalin ke trg atas alasan xde org nk jg.walau dlm ati risau+doc pn brt nk lps,sy tawakal.smpi je trg,xjejak umh lg,terus serah dri kt hosp.dlm tmpoh d hosp,sy mohon pd Allah mga Allah slmtkn bby klu doc xsempat bg antibiotik.sy doa n bckn pd air zam2.tawakkal habis ms tu.spjg induce,sy minum air zam2 y sy dh niatkn sbg pelindung ank.spt y sy tkutkn,doc xsempat nk prepare antibiotik ms sy bsalin.sbaik je bby kuar baru bby dberi antibiotik.kna observe 24jam.alhmdlh,semuanya slmt.syukur sgt..ank kedua,gbs xaktif.xde antibiotik pn.tp sy masih amalkn pkara sama.tawakkal pd allah n berusaha skdrnya.samada usaha doc atau tawakkal,ank2 sht,wallahu'allam. semoga blh mbantu.tapi andaikata allah hnya pinjamkn utk sketika,redhala.kita dh usaha skdrnya. -fahimah

    1. Muliani says:

      Pengalaman Fahimah yang sangat menarik, terima kasih juga untuk perkongsian.

  15. Unknown says:

    Alfatihah utk bby syurga hariz… tq yani atas perkongsian pengalaman dan ilmu… akk pun br kehilangan bby missed abortion di kala itu… tp yani lebih besar ujian… semoga yani tabah dan bersabar… Ganjaran yg besar menanti apatah lg di bulan yg penuh barakah… amin

    1. Muliani says:

      Takziah juga dari Yani, semoga kita sama-sama disambut anak syurga nanti

  16. Aida Osman says:

    Yani..aku pn ada gbs masa 2nd child aritu..sgt memahami kesukaran itu. Gbs ni once infected mmg slamanya la ada. Cuma aktif atau tak je. Ya Allah..smoga hg tabah dah kuat..hebat ujian bagimu di bln yg penuh keberkatan ini. Al Fatihah utk Hariz.

    1. Muliani says:

      Terima Kasih untuk Al-fatihah buat Hariz.

  17. […] Buat anda yang ingin mengetahui Punca kematian Haris boleh teruskan membaca di Asbab perginya pemelihara harapanku. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge