Perginya Ahmad Hariz Rajaie

Ahmad Hariz Rajaie
memelihara harapan ku 
(untuk ke syurga)
jam 11.47 pagi
  Perginya sama dengan tarikh abah meninggal 20 June 2016

Yani mohon sedekahkan al-fatihah buat anak syurga kami.

***
Selesai Azan & iqomah, katanya Abahmu sempat melihat matamu silau mencari siapa yang malaungkan azan.
Saat betul-betul berjumpa hanya 4jam sahaja,
tanpa dapat melihat warna hazelnut matamu sama macam abang-abangmu 
atau sebaliknya.
Kali ini mudah kerana belum pun sempat Abahmu tiba di dewan bersalin, dikau dah selamat keluar dan dipotongkan tali pusat.
Ralatnya bila dikau enggan menyusu walaupun melimpah telah sedia untuk dikau wahai anakku. Merenggek menangis seperti biasa rupanya tanda tak lama dari mu.
Semoga berjumpa lagi disyurga yang pasti lebih baik dari dunia ini.
***

Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud : 

“Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak.

Aku bertanya : 
“Wahai Jibril, siapakah mereka itu?”

Jibril menjawab: 
“Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal
dunia sebelum baligh. Mereka itu diasuh oleh Nabi Ibrahim AS sampai
orang tuanya datang.” (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang
meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada
suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. 

Setelah kiamat tiba, 
mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. 
Jadi mereka tidak melalui
Mahsyar, Hisab, Mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah SAW yang
bermaksud : 
“Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan
dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah.” (HR. Bukhari dan
Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak
kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya,
lupa kepada kampung halamannya dan sebagainya.

Tiba-tiba pada
suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan
syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya:
“Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga.
“Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bunda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis
dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga.

 Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris
sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu
Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika
itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka
mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. 

Sambil menangis dan
memegang air di tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta
bertanya: “Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?”

Menjawab malaikat: 

Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka.”

Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis
sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati:
“Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu, apakah dosamu sehingga
kamu terjatuh ke dalam neraka? Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: “Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW.”


Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi
Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah
orang-orang mukmin yang berada dalam neraka itu.

Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat.
Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala,
yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim ,
yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka.

Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

19 total views, 1 views today

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge