9 Sebab Kenapa Saya Pilih Untuk Menyusu

Cerita setiap ibu berbeza. Yani jatuh cinta pada dunia penyusuan bila mak selalu bercerita bestnya pengalaman menyusu walaupon selalu dipandang ‘hina’ menyusukan anak.  Zaman itu susu formula menjadi kebangaan.

Susu badan dianggap tiada harga dan zat. Yelah dulu mana ada kajian, buku atau blog menceritakan kandungan susu badan. Ianya sekitar tahun 1984-1994 (10 tahun tempoh mak menyusukan 6 orang anaknya)

Mak memilih untuk menyusukan badan dengan alasan untuk membina ‘bonding’ dengan anak-anak. Mak ada sejarah ‘broken family’.  Sentiasa gembira menceritakan pengalaman setiap anak yang menyusu. Rasa bahagia itu sampai ke hati Yani dan memang bertekad dari awal

“aku pasti menyusukan anak nanti”

walaupon masih bujang.

Rezeki Yani dengan persekitaran di tempat kerja, ada 3 orang yang menyusukan anak. Cukup masa mereka berehat untuk pam susu. Semua itu berikan semangat untuk Yani. Sebaik saja disahkan mengandung, ilmu penyusuanlah perkara pertama yang Yani belajar. Sanggup usahakan beli pam mahal medela freestyle secara kutu. Soal harga letak no 2, bagi Yani ianya pelaburan yang berbaloi jika dikira dengan harga susu formula.

 

9 sebab kenapa anda perlu jatuh cinta pada penyusuan:

1. Bonding

Membina bonding antara ibu dan anak saat lahirnya bayi di dalam labour room. Bayi disusukan oleh ibu sebaik sahaja keluar dari alam rahim.Saat pertama ibu bertentang mata, owh alangkah indahnya saat itu.

top-10-breastfeeding-problems-2160x1200

2.  Ekonomi

Menjimatkan ekonomi keluarga. Bayangkan anggaran harga susu formula sebulan RM300. 2 tahun perlukan kos RM 7, 200. Itu baru anggaran untuk susu harga biasa.

3.  Antibodi

Kandungan nutrisi dalam susu ibu cukup tinggi. Susu awal ibu iaitu kolostrum mengandungi sangan tinggi kandungan antibodi untuk kesihatan bayi. Teringat waktu bekerja dulu jarang kawan-kawan yang menyusu cuti kerana anak demam. Alhamdulillah bayi jarang jatuh sakit sekaligus menjimatkan belanja untuk rawatan klinik.

img_4850

img_4841

4. Sunnah

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya,
tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.”
“Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan Yang tersebut (jika si bapa tiada).”
“Kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya) dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) Yang kamu mahu beri itu Dengan cara Yang patut dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah,”
“Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua Yang kamu lakukan.” -Al Baqarah 233

Ye, menyusukan adalah sunnah dan ianya disebut dalam al-quran. Ia bukan hanya tanggungjawab ibu semata tapi lebih pada tanggung jawab si bapa. Indahnya Islam kan?

5. Mudah Bila Travel

Tidak perlu susah sediakan bakul khas untuk susu dan air panas. Yani sendiri sejujurnya langsung tak pernah fikir bab ni. Tambah lagi bila travel kadang makan tak ikut jadual, anak bila lapar mereka hanya tahu menangis. Susu ibu penyelesaian yang cukup mudah dan cepat.

6.  Elak Kanser Payudara

Penyusuan juga memainkan peranan penting dalam mencegah kanser payudara. Kesan perlindungan daripada kanser payudara meningkat dengan tempoh penysuan. Lagi lama menyusukan anak, lebih terlindung dari risiko mendapat kanser payudara.

7.  Mempercepatkan Pengecutan Rahim

Satu proses semulajadi untuk pengecutan rahim. Sebab itulah banyak hospital mempraktikkan penyusuan sejurus selepas kelahiran.  Anugerah Allah yang ternyata selamat dan berkesan.

8.  Mudah Kurus

Aktiviti penyusuan dapat membakar 500 kalori sehari ianya bersamaan 10,000 langkah, lebih kurang 8km. Namun perlu diingat ibu perlu menjaga kalori yang diambil setiap hari juga. Kurangkan makanan manis dan bergoreng.

9. Bersih

Ibu tidak perlu risau pada pencemaran air tambah lagi pada musim banjir. Puting susu ibu juga tidak perlu dibasuh setiap kali ingin menyusu.

Yani dah share 9 sebab kenapa memilih untuk menyusukan bayi. Bila ada banyak sebab untuk menyusu segala halangan mudah untuk kita tepis. Dan ternyata proses ini bermula dari saat kehamilan kan?

*Nak berbicara lebih rapat boleh hubungi Yani 019-934 7686.

17 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge