6 Cabaran Ketika Berpuasa

Yani akan senaraikan enam (6) perkara atau masalah yang selalu menjadi cabaran buat sesetengah rakan-rakan muslim ketika menjelang bulan puasa.

#1: Pedih Ulu Hati

Sangat biasa berlaku dan biasanya akan berlaku bila makan terlalu banyak atau makan terlalu cepat. Sistem penghadaman kita akan automatik dengan sendirinya menghasilkan asid apabila kita mula fikir mengenai makanan atau terhidu bau makanan.

Cara mengatasi:

  1. Makan secara sederhana.
  2. Elakkan makanan berminyak dan pedas.
  3. Kurangkan pengambilan kafein.
  4. Ambil protein dari sumber tumbuhan (kacang soya antaranya).
  5. Pudina dan halia bantu kurangkan ketidakselesaan pada penghadaman.

 

#2: Sembelit

Ini pon kerap berlaku apabila awak kurang makan makanan berserat dan kurang kandungan cecair dalam badan apabila berpuasa.

Cara mengatasi:

  1. Makan makanan yang tinggi serat, antaranya sayur dan buah-buahan.
  2. Senaman ringan untuk kekal sihat bagi kawalan pergerakan usus.
  3. Amalkan pemakanan tambahan Herb-Lax yang lebih dikenali sebagai julap semulajadi yang bantu pergerakan usus dan melegakan sembelit.

 

#3: Keletihan Melampau

Dah la esok nak sahur, boleh tidur lewat pula. Kan? Maka esoknya akan rasa lemau dan mengantuk ala-ala jetlag gitu. Selain dari tu suka sangat berbuka makan makanan segera. Makanan segera memang sedap tapi sangat terkenal dengan tiada nilai nutrisi. Maka makanlah dengan bijak, cari makanan yang penuh dengan nutrisi supaya badan bertenaga untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih baik.

Cara mengatasi:

  1. Rehat dan rancang tidur awak dengan baik supaya dapat tidur yang cukup.
  2. Kekal hidrasi atau bendalir badan dengan pemgambilan Performance Drink (PD) untuk mengelakkan keletihan melampau.
  3. Rancang sahur dan juadah berbuka dengan makanan yang dapat memenuhi nutrisi badan bagi mendapatkan badan yang cukup bertenaga, contohnya seringkas dengan pengambilan berprotein seperti ESP.

 

#4: Sakit Kepala

Mudah terjadi apabila badan mula dehidrasi kerana elektrolit badan mula tidak seimbang, perut berkeroncong lapar dan rehat atau tidur yang tak cukup.

Cara mengatasi:

  1. Makan makanan yang seimbang dan sederhana semudah berhenti sebelum kenyang sepenuhnya.
  2. Jangan sesekali tinggal sahur. Bukan setakat dapat merebut pahala sunat bersahur tapi untuk mengelakkan lapar melampau di penghujung hari.
  3. Kekal hidrasi dengan mengelakkan minuman berkafein dan amalkan Performance Drink (PD).
  4. Amalkan minuman Protein ESP bagi kekalkan tenaga atau berikan rasa kenyang lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat.

 

#5: Dehidrasi

Bahasa ringkasnya kekurangan air atau memberi kesan dahaga melampau. Kebiasaannya kerana badan kehilangan elektrolit badan melalui pernafasan, berpeluh dan membuang air kecil.

 

#6: Obesiti atau Makin Gemuk

Yang ke enam ni memang jarang-jarang berlaku tapi sebenarnya sebaliknya apabila menjelang puasa. Ini biasanya kerana lifestyle awak yang suka tidur selepas makan dan craving melampau dengan makanan yang manis, berlemak, berminyak dan makanan segera / ringan.

Cara mengatasi:

  1. Cuba latih dengan makan makanan yang sihat dan seimbang.
  2. Kawal diri, nafsu dan lebih berdisiplin ketika berbuka.
  3. Amalkan Mealshakes yang mengandungi 19 jenis vitamin & mineral yang dapat membantu rapatkan jurang nutrisi.
  4. Amalkan pengambilan Lecithin apabila makan makanan berminyak atau berlemak tinggi bagi membantu sistem pencernaan memecahkan lemak secara semulajadi dan membantu badan membuang lemak berlebihan berbanding disimpan di
  5. dalam badan.

 

Daripada enam item yang Yani dah senaraikan ni, awak ada berapa?

Jika lebih dari dua, Yani syorkan sangat-sangat dapatkan pemakanan tambahan sebagai sokongan. Terutamanya buat ibu-ibu yang menyusu. Yani sedia membantu di talian 019-934 7686.

About Author

Muliani

Ibu kepada 3 orang anak dan telah berjaya menyusukan sepenuhnya lebih dari 2 tahun. Salah seorang dari Kumpulan Sokongan Penyusuan Di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge