3 Tips Dapat Tiket Murah Tengok Ultraman LIVE di Genting 2016

Yani baru je lepas tengok Ultraman LIVE Di Genting Highlands pada 24 November aritu. 
MEMANG Super Duper Best dan Wajib Tengok!
Mulanya ingatkan persembahan biasa-biasa atau lebih kepada mood kanak-kanak je kan.
Tapi selepas dah pergi memang rasa nak tengok lagi.
Persembahan Menarik
Sebabnya persembahan diorang bukan macam biasa “one way communication” atau hanya kita tengok diorang buat persembahan di pentas je. 
Kali ni diorang banyak cuba ajak penonton sama-sama beraksi dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Antaranya main bola gergasi bersama Ultraman.
Syok sangat!

Anak demam ketika Travel?
Alhamdulillah sepanjang perjalanan ke Genting Higlands anak-anak semua ok dan buat korang yang anak-anak ada demam atau selsema ketika travel, korang boleh baca Travel Kit Untuk Kesihatan Anak-anak yang selalu Yani bawa ketika Travel. Sekadar tambahan ilmu buat korang dan perkongsian Yani berdasarkan pengalaman menyusu sambil membawa Haziq dan Hadif Travel sejak dari bayi sehinggalah berumur 5 tahun.
10 Jenis Ultraman KHAS Dari Jepun
Ultraman yang dipersembahkan bukan dua tiga jenis je tapi sepuluh jenis Ultraman yang diorang bawa khas dari Jepun. So, korang akan nampak “figure” dan costume  Ultraman yang sebijik memang macam TV tu. Part yang bestnya adalah Ultraman siap turun pentas dan datang kat korang buat persembahan atau datang untuk bersalaman bertepuk bertampar ngan korang.
Hadif dengan Haziq memang tergamam sangat masa Ultraman datang nak salam. 
Maklum lah, bukan setakat Ultraman je lalu depan diorang tapi Raksaksa pun layan lalu depan korang.
Ada Part 1 dan Part 2
Korang boleh layan Video LIVE dari Yani tempohari untuk ambik “feel” dulu.
Selepas Yani tengok balik video ni memang seronok dia tak sama dengan yang kita tengok di pentas.
Persembahan Yani tengok ni Part 1, Part 2 dia akan bermula 7 disember nanti.
Sekarang kita berbalik pada Tips yang akan Yani kongsikan macam mana nak dapatkan Tiket Lebih Murah Untuk Tengok Ultraman LIVE di Genting 2016.
#1
Diskaun 10% Dengan Kad Member Genting Rewards
Sebelum korang kalut nak booking tu cer apply dulu jadi member Genting Rewards ni,
Mudah je dengan isi borang melalui online kat Genting Rewards Malaysia.
Bestnya kad ni, korang akan dapat special rate dan kumpul point untuk sebarang pembelian di genting atau booking di website rwgenting tu.
Point dia bukan sikit-sikit, tapi berganda-ganda dapat.

HARGA TIKET TANPA LIMITED EDITION MERCHANDISE

Harga untuk tiket bagi
persembahan Ultraman Live Genting 2016 ni mengikut seating dia. Makin
dekat dengan pentas maka makin mahal.
Ada 3 kategori je untuk seating:
VIP- RM 98 (RM 88.20 lepas diskaun member 10%)
PS1- RM 78 (RM 70.20 lepas diskaun member 10%)

PS2- RM 58 (RM 52.20 lepas diskaun member 10%)

Kalau korang dah apply kad member tu maka dapat la sikit diskaun macam yang tertera kat atas tu.
JAM ULTRAMAN Limited Edition
Tiket tu pulak ada yang dibundlekan sekali dengan Merchandise Limited Edition Ultraman, tapi harga tiket sedikit berbeza. Merchandise dia jam tangan yang memang comey kalau nak buat koleksi. Kalau beli jam ni sahaja tanpa di bundlekan sekali dengan tiket akan berharga RM 88, maka disyorkan ambil sekali dengan tiket lebih JIMAT & MURAH.

HARGA TIKET BERSAMA LIMITED EDITION MERCHANDISE

Tiket untuk ada merchendise Limited Edition berharga seperti berikut:
VIP- RM 108 (RM 97.20 lepas diskaun member 10%)
PS1- RM 88 (RM 79.20 lepas diskaun member 10%)
PS2- RM 68 (RM 61.20 lepas diskaun member 10%)

#2

Ambil Pakej Bilik + Tiket LEBIH MURAH & JIMAT
Kat atas tadi kalau korang nak beli tiket persembahan je, tips nombor 2 ni lebih kepada mereka yang nak bermalam di Genting sambil layan persembahan Ultraman LIVE.
LEBIH MURAH kerana harga Pakej hanya:


HARGA BILIK + TIKET PERSEMBAHAN

RM 169
 Satu malam (dapat 2 tiket dewasa persembahan Ultraman LIVE Genting 2016),
atau
RM 278
 Satu malam (dapat 2 tiket dewasa dan 2 tiket kanak-kanak).

Tapi korang tak akan dapat Limited Edition Merchendise tu dengan pakej ni, korang terpaksa beli berasingan kalau dah kemaruk nak sangat jam tu.

#3

Potongan 40% Tiket Ultraman LIVE 2016
Voucher ni korang akan dapat melalui e-mail bila dah buat booking bilik hotel di Genting. Guna bila korang nak beli tiket tengok Ultraman nanti. Korang diwajibkan print siap-siap voucher ni bagi memudahkan staf diorang bagi diskaun. Memang terasa sangat MURAH dia bila potongan sampai 40% ni kan.

HARGA DISKAUN 40%

Ni Yani dah siap-siap kirakan untuk korang:
VIP– RM 98 (RM 58.80 lepas diskaun member 40%)
PS1– RM 78 (RM 46.80 lepas diskaun member 40%)
PS2– RM 58 (RM 34.80 lepas diskaun member 40%)


Berdasarkan pemerhatian Yani, korang boleh print out je voucher ni entah sesape punya then semasa pembelian bagi je voucher ni untuk dapatkan potongan. 
Nak voucher boleh whatsapp je Yani, 
 019-934 7686 
019-934 7686
 019-934 7686 
 *penggunaan voucher ni atas risiko sendiri ye.

Diingatkan juga voucher ini TIDAK SAH untuk pembelian tiket bersama LIMITED EDITION MERCHANDISE.

***

MAKLUMAT TAMBAHAN

#Hari No Show
Persembahan Ultraman LIVE Genting 2016 ni ada 2 sesi setiap hari. Pada pukul 4 petang atau 8malam dan Yani baru dapat tahu ada hari-hari yang memang diaorang tak buat persembahan langsung. Iaitu pada:


NO SHOW

21st Nov, 28th Nov, 5th Dec,6th Dec, 12th Dec, 19th Dec, 26th Dec

There is only 8pm show on 9th Nov 

#Lokasi Persembahan & Hotel
Jika korang ambil pakej Hotel maka korang akan bermalam ni Hotel First World dimana lokasi jauh sket sebab perlu berjalan dan naik 8 kali eskeletor untuk sampai ke Dewan persembahan. Hotel paling dekat yang Yani cadangkan adalah Grand Genting tapi harga dia memang tak kena dengan topik MURAH kita arini. Tapi seronok juga duduk di First World sebab sepanjang perjalanan nak ke Dewan persembahan tu korang akan lebih terasa environment di genting yang penuh dengan hiburan. 
#Sesi Bergambar Bersama Ultraman
Sesi bergambar bersama Ultraman ada 2 sesi:
Sebelum persembahan bermula.
Disyorkan korang datang awal supaya dapat bergambar dengan tenang tanpa berebut.
Selepas persembahan tamat.
Kalau dah ambik sebelum persembahan, korang masih boleh ambik selepas persembahan sebabnya Ultraman yang bergaya untuk ambik gambar sebelum dan selepas persembahan lain-lain.
*Setiap gambar yang korang ambil akan dikenakan bayaran sebanyak RM 38 dan akan disertakan frame gambar yang cantik dan tebal. 
Memang berbaloi lah!

Semoga Membantu 
dan 
Selamat Bercuti Semua!

3 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge