2 Syawal 2011

Entry yang dah tertangguh lama..serabut lak bile diperam-peram..aku ada cakap beraya di tempat istimewa aritu kan..awal pagi kat kampung macam biasa saudara mara datang menziarah lagi..biasala rumah orang tua..mesti saudara mai…biasanya kita yang muda ni yang akan berjalan kan?

Best jugak layan sedara yang datang..lepas sedara mara tu balik plan kami nak kubur..memang tradisi kampung tu ziarah kubur raya kedua..tapi time tu da tengah hari sangat..matahari dah mencanak atas kepala..so pegi rumah tok sedara di Kampung Panchur Merah..adik pada Tok Timoh(nenek)

Tok sedara kami sangat istimewa sebab tak de tangan dan kaki..tapi dalam ketidakupayaan tu..tetap isap rokok…ko mampu?ahaha nak bayangkan pon tak mampu kan?silap aku tak ambik gambar..hihi Tok Timoh memang suke sangat citer pasal adik dia sorang ni…since aku kawen tak jumpa lagi dia..raya ni baru jumpe..

Lepas dah raya situ Ayah Teh ajak kami pegi rumah kawan dia..dia cakap tempat tu special..so follow saje la..lagi pon dah tak jauh dari rumah tok sedara kami..

Ni la rumah yang dimaksudkan..tapi kenapa sungai kan?

Nampak tak ala-ala rumah tu?

Sebenarnya kawan Ayah Teh beli tanah ni..3 ekar..dia tinggal dengan isteri berdua je dalam kawasan ni..siap ada sungai tu..kelas ko jah!

Nampak tak atap tu?itu antara 2 buah chalet yang dah di buat..tak silap tuan tanah pon tinggal kat situ jugak..dorang ada rumah kat tempat lain..rumah dorang dibiarkan kosong je semata-mata nak majukan tanah baru yang dorang beli ni..berani kan?

Tu dia tuan tanah..yang pakai baju pink tu

Kebetulan dorang tengah buat makan-makan..sangat langkah kanan la kan?

Ahaha langkah kanan ape..sogan aku..tapi tuan tanah yang baik hati tu tetap pelawa kami makan..raya kan…ada nasi putih..gulai kambing..dan sume di atas(malas nak list satu-satu)

Kebetulan dorang tengah buat family gathering sekali dengan jamuan raya rasanya..sebab kawan-kawan pon dijemput sama

Siap ada bangsal tempat karaoke lagi..

Belakang tu tempat dorang masak

Pondok tempat makan

Gambar pondok secara random..ni keje suami aku la ni..tah hape-hape la gambar yang dia ambik

Sungai kat bawah pondok

Siap ada kemah lagi

Kat tanah ni siap ada pokok durian dan pokok-pokok lain..maybe tempat ni baru lagi..lagi 10 tahun mesti best datang..bole buat kem untuk budak sekolah jugak kot..buat chalet untuk bercuti macam kurang sesuai sket

Sebelum balik..harus ambik gambar kenangan..ni sume sepupu kami(belah suami) tapi terselit emak saudara sorang kat situ..cuba teka yang mana?huhu

Ni la dia macik kami Mak Ani..kecik molek je orang nya..jangan tak tao dia dah ada anak dara okay…yang sulong dah 18 tahun..awet muda sungguh!

Antara 3 orang anak dara Mak Ani..sebelah dia Fatin(18) yang free hair Syafikah(17) dan sebelah Syafikah adalah Syahirah(12) sorang lagi anak bongsu Mila(lupe dah bape tahun)

Motif aku tulis sume ni…sebabnya aku takot aku lupe..dorang duk Penang..so harap raya je kot jumpe..ni pon first time aku jumpe since aku kawen..huhu aritu Mak Ani tak dapat balik sebab Fatin tengah exam SPM.

Mak yong tetap tak nak kalah dengan posing perot ke depan..huhu

Di akhiri dengan gambar mak yong dan pak yong..gambar ulang tayang..

Lepas tu cepat-cepat balik rumah sebab ade sedara dari Jerangau sampai..layan tetamu then kitaorg terus balik ke Kuala Terengganu..ade 2 buah rumah lagi aku nak gi serang..rumah Aina dan rumah Pak Long(sedara belah aku)

Okay la tu..malas da nak taip..so citer raya ke dua abes di sini..bole?ahahaha

– Sok Sek Sok Sek using BlogPress from my iPad 2.

About Author

Muliani

Ibu kepada 3 orang anak dan telah berjaya menyusukan sepenuhnya lebih dari 2 tahun. Salah seorang dari Kumpulan Sokongan Penyusuan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Comments

  1. pRincESs_N says:

    sepupu hubby akak cm peja gak..rmai kecik2…belah N sume da besar2 da…so..agk kekok disitu..

  2. oneyani says:

    itu la pasal..layan je..ckp ngan macik pon macik la..ahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge